Kenali 5 spot pilihan untuk aktiviti 'bird watching', Taman Botani Kepong miliki 60 spesies burung


  • Nomad
  • Isnin, 30 Jun 2025

KL Bird Park merupakan taman terbesar di dunia dengan lebih 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza.

TAMAN burung sering kali menjadi lokasi buat mereka yang memiliki hobi melihat burung menggunakan teleskop atau teropong atau dipanggil bird watching.

Sambil melihat burung berterbangan aktiviti ini juga mengajar kita mengenali spesies burung yang ada di negara ini.

Buat mereka yang mencari tempat tersebut di sekitar kawasan Kuala Lumpur, ini lima lokasi yang mungkin anda boleh fikir-fikirkan:

BACA LAGI: [VIDEO] Pameran rumah dengan dekorasi perabot gaya minimalis

BACA LAGI:  [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

 

Taman terbesar di dunia dengan lebih 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza.

Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

Taman burung ini merupakan taman terbesar di dunia dengan lebih 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza. Anda boleh melihat burung-burung yang pelbagai warna dan rupa di sini.

Terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, ia berdekatan dengan Masjid Negara dan Taman Botani.

Jadi bolehlah anda singgah melihat keindahan burung-burung tersebut selepas solat Zohor dan Asar kerana di siang hari pelawat boleh melihat burung-burung tersebut aktif di sekitar kawasan berkenaan.

Malahan di sebelahnya terletak Taman Botani yang menawarkan persekitaran bunga-bungaan semula jadi yang cantik.

 

Tasik Titiwangsa menjadi antara transit utama burung-burung liar.

Taman Tasik Titiwangsa

Taman ini menjadi tarikan burung-burung untuk singgah kerana tasik yang menarik perhatian burung untuk singgah meminum air dan kawasan hijau yang sesuai untuk melihat burung pelbagai jenis.

Taman tersebut juga merupakan kawasan rekriasi yang popular kerana sering kunjungi oleh warga kota untuk bersenam dan beriadah.

 

KL Forest Eco Park membolehkan pengunjung melakukan aktiviti hiking dan melihat burung.

  

Hutan Simpan KL Forest Eco Park

Jangan disangka dalam kesesakan ibu kota Kuala Lumpur anda tidak boleh melihat burung-burung kecil di  KL Forest Eco Park. Pengunjung boleh melakukan aktiviti hiking dan melihat burung dalam perjalanan mereka.

Di sini, terdapat beberapa mamalia kecil dan burung yang menjadikan hutan tersebut sebagai tempat perlindungan semula jadi. Jika bertuah, anda berpeluang melihat sarang burung yang di diami oleh anak burung kecil yang baharu menetas.

Sebagai hutan yang terletak ditengah bandar, anda disarankan untuk datang pada waktu pagi. Ini kerana burung biasanya akan berkicauan merdu sekaligus menghidupkan suasana hutan bandar tersebut.

 

Trek pejalan kaki di atas konapi hutan di Taman Botani Kepong.

 Taman Botani Kepong

Taman Botani Kepong juga merupakan loaksi terbaik untuk melakukan aktiviti bird watching. Terdapat lebih kurang 60 spesies burung yang berkeliaran di taman atau pokok-pokok kecil.

Selain itu, kawasan tersebut juga menawarkan pemandangan burung yang menarik dengan melalui trek pejalan kaki di atas konapi hutan. Aktivit tersebut memberikan lagi penglihatan jelas aktiviti burung-burung yang berterbangan di situ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram