
MUSIM cuti sekolah amat dinantikan oleh anak-anak mahu ibu bapa dan kesempatan ini apa kata anda luangkan masa santai bersama keluarga di Lego Home, The Exchange TRX di Kuala Lumpur.
Lego Home adalah sebuah pameran kerjasama kumpulan Lego dan Ikea Malaysia dengan matlamat 'Sentuhan Bermain di Rumah Anda' terletak di tingkat bawah premis tersebut.
Pameran ini turut terbuka kepada pengunjung dewasa bagi merasa sendiri pengalaman bermain dengan bongkah Lego.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Main’ kereta tak kenal Wataru Kato baik tak payah, sentuhan Liberty Walk pukau ribuan mata
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'
Antara bilik pameran yang dihiasi dengan binaan Lego.
Selain berhibur, pengunjung juga merasai pengalaman bagaimana set Lego boleh digunakan sebagai dekorasi, selain hiasan dalaman rumah mengikut gaya hidup dan minat masing-masing.
Reka cipta dengan sentuhan estetika ini boleh diterjemahkan ke ruang tamu, dapur, bilik tidur dan pelbagai dekorasi unik dengan sentuhan urban.
Pameran ini berlangsung dari 29 Mei hingga 8 Jun dan terdapat juga bilik pameran seperti ruang tamu, dapur, bilik prasekolah, dan beberapa lagi dengan sentuhan bongkah-bongkah yang penuh warna-warni.
Tonton video lanjut suasana acara berkenaan dalam segmen Eksplorasi@Mj di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram