
GILA 'OOTD'? Swafoto? Trend itu kini bukan sahaja 'melekat' dalam kalangan remaja tetapi hampir semua masyarakat menggemari aktiviti tersebut.
Bahkan mereka berkongsi di media sosial sejurus potret terakam oleh lensa kamera sama ada menerusi telefon pintar atau kamera aksi.
Kini, lokasi merakam detik kenangan itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di dalam premis perniagaan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Boleh tak buat macam Emma Maembong?' Dutch Braid gaya rambut 'pasang cabut' terbaik masa pergi konsert
BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts
Segmen Nomad kali ini membawakan anda menerokai ke sebuah premis menjual hiasan dalaman rumah, yang terletak di dalam pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Pintu masuk hidden gem di dalam pusat beli-belah.
Menariknya di dalam premis tersebut tersembunyi suatu lokasi untuk sesi 'OOTD' (outfit of the day) selain berswafoto.
Mengapa ia tersembunyi? Ini kerana untuk ke lokasi tersebut anda akan melintasi kawasan pokok dan bunga-bunga hiasan hingga menemui sebuah pintu kecil yang diperbuat daripada batu-bata.
Di sebalik pintu tersebut, terdapat laluan gelap diterangi dengan lampu hiasan malam serta bunyi cengkerik seakan-akan berada di dalam hutan.
Suasan di dalam khemah dengan gemerlapan lampu di dalamnya.
Kemudian terdapat sebuah khemah untuk pengunjung bersantai sambil membaca buku atau berehat.
Suasana di situ amat mendamaikan kerana tidak ramai pengunjung tahu kewujudan lokasi tersebut.
Namun, persoalan kini, wajarkah lokasi-lokasi 'OOTD' atau berswafoto ini ditularkan kepada orang ramai? Tepuk dada tanya selera.
Ikuti video dalam segmen Nomad yang memaparkan lokasi yang dimaksudkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp