[VIDEO] ‘Main’ kereta tak kenal Wataru Kato baik tak payah, sentuhan Liberty Walk pukau ribuan mata


  • Hobi
  • Khamis, 05 Jun 2025

Tonton perkongsian perjalanan dunia modifikasi Wataru Kato Liberty Walk dalam segmen Hobi di Majoriti

PEMINAT yang mempunyai hobi menghias dan mengubah suai kereta pasti tidak akan ketinggalan menyertai Retro Havoc di The Curve, Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Mencapai usia sedekad, Retro Havoc kali imni menampilkan kelainan dengan menghimpunkan kira-kira 1,000 kereta terdiri daripada kereta JDM (Japan Domestic Market) yang turut disertai ikon modifikasi kereta terkemuka dari Jepun iaitu Wataru Kato dari Liberty Walk Japan.

Bak kata pepatah, jika tak kenal figura tersebut baik tak payah ‘main’ kereta. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'

 

Lamborghini Liberty Walk emas yang dipamerkan ketika Retro Havoc.

Bercerita tentang individu yang telah menempah nama di seluruh dunia itu, Kato memulakan perniagaannya ketika berusia 26 dengan menjual beberapa bahagian kereta dipanggil Liberty Walk di Nagoya, Japan.

Namun, nama Kato mulai 'panas' apabila dia dikecam selepas menukar kereta Ferrari F40 miliknya kepada konsep Liberty Walk sekali gus membuatkan dirinya lebih bersemangat memperbesarkan konsep Liberty Walk.

 

Kenderaan Toyota Supra daripada Top Secret (JDM) turut hadir di Retro Havoc.

Bukan hanya Ferrari F40, Kato kemudiannya mengubah suai Lamborghini Murcielago, Nissan GTR dan banyak lagi kereta berkuasa tinggi.

Walaupun terdapat segelintir daripada peminat kereta yang mengatakan Kato hanya merosakkan imej kereta mewah, namun ada juga yang mengatakan sentuhan Kato amat luar biasa.

Bahkan ada yang mengungkapkan ‘potong kereta harga pasaran turun tapi kalau Kato yang potong, harga jadi berlipat kali ganda’.

Tonton perkongsian perjalanan dunia modifikasi Wataru Kato Liberty Walk dalam segmen Hobi di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram