[VIDEO] Pameran rumah dengan dekorasi perabot gaya minimalis


  • Hobi
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Soft Minima terbaharu itu menyaksikan penekanan terhadap penggunaan bahan semula jadi dan tona lembut berteraskan pendekatan minimalis.

SUDAH tiba masanya anda membuat pilihan bijak dengan citarasa premium terhadap rekaan hiasan dalaman rumah pada harga yang istimewa.

Buat anda yang sedang mencari perabot rumah, apa kata hadir ke Signature HomeFest 2025 yang menawarkan pelbagai jenis reka bentuk serta tawaran hebat untuk menghidupkan estetika rumah anda.

Festival dari 4 Jun hingga 20 Julai itu, mengetengahkan konsep Soft Minima, Modern Classic dan Contemporary Charm dan beberapa lagi sebagai konsep gaya hidup moden.

BACA LAGI: [VIDEO] DIY perabot usang kini jadi hobi mahal

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

Menjadi tarikan, Soft Minima terbaharu itu menyaksikan penekanan terhadap penggunaan bahan semula jadi dan tona lembut berteraskan pendekatan minimalis yang mengutamakan ketenangan dan kesejahteraan emosi.

Ia diinspirasikan oleh gaya hidup yang semakin menjurus kepada pemilihan ruang yang tenang, kemas dan tersusun, serta menyokong cara hidup yang lebih seimbang.

 

Konsep  Contemporary Charm.

Acara di Signature Malaysia Flagship Store, Kota Damansara, Selangor itu kini gigih menempah tempat untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai, Kempen Pameran Rumah dan Kehidupan Terbesar serta Bilik Pameran Reka Bentuk Dalaman Terbesar di Malaysia.

 

Terdapat banyak pilihan yang bakal mengaburi anda dalam membuat pilihan.

Antara ciri perabot menarik yang anda boleh dapati di sini ialah:

 

- Elemen biofilik utama: Hiasan pokok yang diintegrasikan di bawah siling lutsinar untuk melembutkan cahaya semula jadi

 

- Susun atur fleksibel: Konfigurasi terbuka dan lapang dengan ruang simpanan tersembunyi bagi gaya hidup yang praktikal

 

- Kemasan permukaan eksklusif: Tekstur kayu dan batu MFC daripada Siri

NeuWood dan NeuStone.

 

Konsep Modern Classic.

Festival ini turut menampilkan pelbagai inovasi yang mengimbangi fungsi dan gaya seperti ruang simpanan tersembunyi, sistem pintu berpoket dan kabinet TV dengan pintu gelangsar.

Ke semua reka bentuk hiasan ini sesuai untuk kediaman seperti apartmen dan kondominium yang kompak.

Oleh itu, jangan ketinggalan hadir ke Signature HomeFest 2025 untuk mendapatkan perabot  dan dekorasi rumah idaman anda.

.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

deko, minimalis, rumah, perabot, reka bentu, Damansara