
SERAMAI 30 pemain bola sepak remaja bertuah apabila terpilih berlatih bersama bekas pemain sayap Manchester United, Nani dan Wes Brown dalam Program Back To The Roots: With Nani & Brown anjuran Adidas di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program sebahagian daripada kalender Liga Suparimau itu berjaya mengasah bakat pemain remaja peringkat akar umbi berusia antara 13 dan 17 tahun.
Nani berkata, Liga Suparimau adalah langkah terbaik diperkenalkan oleh pemain industri bola sepak di Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hidden gem', lokasi 'OOTD', swafoto menarik seolah-olah dalam hutan di tengah KL
BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts
Saramai 30 pemain bola sepak remaja terpilih berlatih bersama bekas pemain sayap Manchester United, Nani dan Wes Brown dalam Program Back To The Roots: With Nani & Brown.
"Golongan remaja merupakan tonggak negara dan dengan adanya program seperti ini, mereka tidak lagi hanya duduk di rumah bermain gajet.
"Mereka perlu kekal aktif dari segi mental dan fizikal malah sebaiknya mereka perlu terus aktif dalam arena bola sepak," katanya.
Aksi lincah Nani bersama pemain remaja memukau mata penonton.
Sementara itu, Pengarah Jenama Kanan Adidas Asia Tenggara, Fanny Lanctot, berkata, Program Back To The Roots: With Nani & Brown merupakan peluang terbaik buat pemain remaja mengasah skil mereka terutama ketika berlatih bersama pemain legenda Manchester United.
"Ini adalah pengalaman berharga kepada mereka dan pastinya pertemuan ini akan kekal sebagai pengalaman manis buat pemain remaja di negara ini,” katanya.
Nani (kiri) dan Fanny Lanctot (kanan) menjelaskan program atau klinik yang diadakan dapat memberi inpirasi kepada generasi muda untuk aktif dalam dunia bola sepak.
Beliau menambah, kehadiran bintang lagenda Red Devils itu juga boleh dijadikan inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian bergelar pemain elit kelak.
Pada Program Back To The Roots: With Nani & Brown itu, Nani dan Brown memberi latihan asas skil bola sepak termasuk dari segi teknikal dan taktikal serta di akhiri dengan perlawanan bola sepak 11 sebelah.
Tonton video lanjut untuk melihat aksi Nani dan Brown dalam segmen Eksplorasi@Mj di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram