
PEMAKAIAN inai atau henna kini menjadi trend baharu bagi menyerlahkan lagi kecantikan tangan dan dianggap sebahagian daripada fesyen untuk menaikkan seri wanita.
Jika dahulu inai hanya dipakai di jari pengantin, namun kini inai diukir dari kuku, jari jemari hingga ke pegelangan tangan.
Bagi Norliza Yusof, 32, melukis inai merupakan sebahagian daripada hobinya kerana mampu memberikan kepuasan dan ketenangan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hidden gem', lokasi 'OOTD', swafoto menarik seolah-olah dalam hutan di tengah KL
Mek Zaa mempelajari seni lukis inai hanya menerusi YouTube dan selebihnya, ia lahir dari kreativitinya sendiri.
Mesra di panggil Mek Zaa, wanita berasal dari Kelantan itu menjadikan jari-jemari rakan-rakannya sebagai 'mangsa' untuk memenuhi keinginan hobinya itu.
“Kadang-kadang tak tunggu pun kawan-kawan kahwin, tangan saya ni gian nak cari tangan orang untuk ukir inai ini.
"Saya seronok tengok orang suka bila tangan mereka diinai, kalau tak ada kawan, sepupu atau anak buah sayalah yang jadi mangsa,” katanya.
Mek Zaa mempelajari seni lukis inai hanya menerusi YouTube dan selebihnya, ia lahir dari kreativitinya sendiri.
“Saya ambil inspirasi daripada bunga-bunga di taman, dari kelopak, daun dan bunga kegemaran saya seperti bunga tulip dan bunga raya,” katanya.
Barang dan peralatan inai yang tersusun dengan beberapa jenis warna inai.
Selain itu, Mek Zaa juga menjadikan corak batik tradisional sebagai sebahagian daripada ilham ketika melukis inai.
"Saya ambil masa sejam hingga tiga jam untuk lukis inai bergantung pada corak yang diminta, selepas 20 minit inai dah kering baru boleh cuci.
"Inai ni boleh kekal di tangan hampir dua minggu," katanya.
Ukiran tangan daripada sentuhan inai Mek Zaa yang unik dan berkualiti.
Namun, siapa sangka hobi Mek Zaa memberikan pulangan lumayan hingga aktiviti ini menjadi pendapatan sempingannya.
“Masa 2012, ada kawan bagi saya duit sebagai upah lukis inai. Saya tak minta pun dan dari situ saya terfikir, kenapa tidak saya jadikan ia bisnes.
"Bermula dari situ, saya mula mendapat tempahan dan pelanggan saya mencecah 30 orang dalam sehari dan makin lebih ketika musim orang kahwin atau hari raya," katanya.
Tonton video lanjut segmen Hobi kali ini untuk melihat sentuhan seni Mek Zaa melukis inai di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram