[VIDEO] Kilauan barang kemas di 66 reruai MIJF, pelengkap wanita elegan


  • Hobi
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Ikuti video lanjut dalam segmen eksplorasi@Mj untuk melihat kilauan emas dan pertama pasti memukau mata.

AKSESORI emas mahupun berlian menjadi kegilaan golongan wanita sebagai pelengkap keyakinan diri.

Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) di Kuala Lumpur Convention Centre yang berlangsung hingga 30 Jun ini adalah peluang terbaik untuk mencari aksesori terbaharu dan 'in-trend'.

Terdapat 66 reruai sepanjang pameran yang didatangkan khas dari Itali, Jepun, Thailand dan tidak kurang juga emas dari produk keluaran tempatan.

BACA LAGI: Adrenalin Menara Alor Setar tawar uji daya anderlin

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

 

Permata dan aksesori 'silver' juga disediakan dengan harga yang istimewa.

 

Pameran ini turut menyediakan perkhidmatan pemasangan, pengapit dan penilaian barang kemas persendirian.

Bukan setakat emas dan berlian sahaja, pameran juga menampilkan pilihan batu permata dan aksesori 'silver' dengan harga yang istimewa.

Pengunjung berpeluang bertemu dengan pakar emas sekaligus berkongsi informasi tentang dunia perhiasan diri wanita elit.

 

Pelbagai jenis bentuk dan batu cincin ditawarkan.

Buat pelabur bar emas dan syiling emas pameran ini memberi manfaat kepada anda.

Jadi,  jangan lepaskan peluang berkunjung ke MIJF dan melihat sendiri sambil membuat pilihan barang kemas yang anda impikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram