
TIADA istilah bil elektrik melambung jika kita sendiri tidak berjimat dalam penggunaannya.
Kerajaan baru-baru ini menegaskan sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025.
Ini kerana pelarasan tarif tersebut tidak berubah daripada yang telah ditetapkan pada tahun lepas sehingga Julai 2025.
ACA LAGI: [VIDEO] Kilauan barang kemas di 66 reruai MIJF, pelengkap wanita elegan
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Namun, sebagai pengguna kita perlu bijak dalam penggunaan elektrik bagi mengelakkan pembaziran tenaga termasuk aspek keselamatan yang berisiko.
Jika sesebuah kediaman menggunakan pengaliran elektrik yang tinggi dalam satu masa, percaya atau tidak ia boleh mengundang risiko kebakaran.
Plug dan soket elektrik yang tidak berpadanan boleh menyebabkan pembaziran dan kebakaran.
Hal ini berpunca daripada aliran dan litar elektrik yang terlalu berat diikuti dengan pengaliran arus yang meningkatkan menyebabkan wayar dan komponen menjadi terlalu panas.
Risikonya, ia boleh mencairkan penebat wayar, litar pintas seterusnya kebakaran berlaku.
Antara punca kebakaran pada elektrik yang kerap berlaku ialah pada kipas, lampu, plug dan soket elektrik yang tidak berpadanan dan banyak lagi.
Jangan ambil ringan dan jangan ambil mudah, jimatkan elektrik, jimat kos dan dapat mengurangkan risiko kebakaran. Ikuti video PSA dari Majoriti jam 7.30 malam ini agar anda sentiasa beringat sebelum padah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram