[VIDEO] Buku sasterawan negara umpama vintaj, Rashiela serap budaya Korea hasilkan novel cinta


  • Hobi
  • Khamis, 05 Jun 2025

Rashiela Nurain meletakan cabaran dunia penulis kini bukan sekadar penghasilan buku fizikal, bahkan bagi langkah untuk memahami dunia orang muda bukan sesuatu yang mudah.

PERUBAHAN era teknologi menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kita meletakkan stigma generasi muda malas membaca.

Apatah lagi karya buku daripada sasterawan negara yang mungkin tidak diminati oleh golongan anak muda.

Pandangan tersebut disangkal keras oleh Novelis Blink Book, Rashiela Nurain kerana buku sasterawan kini memiliki wajah baharu yang telah diolah menjadi lebih up to date.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah

 

Dua buku dihasilkan Rashiela Nurain memerlukan serapan budaya dari Korea sebelum menghasilkannya.

Baginya faktor utama buku sasterawan dahulu tidak berjaya menarik perhatian generasi muda kerana rupa bentuknya, sedangkan intipatinya sangat bermanfaat.

“Sekarang sudah banyak karya-karya macam buku daripada Pak Samad (A Samad Said) yang telah dimodenkan rupanya macam kulit keras.

“‘Look’ buku itu dah nampak macam pakaian vintaj jadi mata orang yang terus nampak nilainya, kalau pegang terus rasa sayang. Jadi, penting untuk kita perlu pandai gayakan dia dengan zaman sekarang dengan penambahan 'aksesori'.

Karya Sungai Mengalir Lesu oleh A Samad Said dalam bentuk muka depan kulit keras.

“Termasuk adaptasinya dalam audio untuk malar segarkan bahan buku tersebut yang dibuat dari negara jiran kita. Jangan kita ketepikan mereka kerana mereka masih relevan. Penggunaan bahasa dan ayat-ayat di dalamnya memiliki sentuhan dan teguran secara tidak langsung dalam kehidupan sekarang,” ujarnya ketika ditemui.

 

Rashiela Nurain meletakan cabaran dunia penulis kini bukan sekadar penghasilan buku fizikal bahkan bagi langkah untuk memahami dunia orang muda amat penting.

Sebagai penulis, Rashiela Nurain meletakan cabaran dunia penulis kini bukan sekadar penghasilan buku fizikal bahkan untuk memahami dunia orang muda bukan sesuatu yang mudah.

“Nak tarik minat orang muda membaca sekarang bukan sekadar tajuk. Cara penulisan dan lengok bercerita kena moden, tak boleh terlalu old school.

“Macam satu siri buku yang saya keluarkan hasil berkolaborasi bersama penulis Shasya Ali yang pernah bekerja dalam bidang guaman bertajuk, Slaying Sister dan Mangsa Cinta, ia adalah buku yang mendedahkan kes-kes jenayah sebenar dalam bentuk penceritaan.

“Selain daripada menggunakan dialog orang muda, kita pakai bahasa ringan dan info grafik untuk tidak memberatkan pembaca seperti hukuman kes bunuh diri.

Bukan setakat itu, ada di antara buku yang Rashiela Nurain hasilkan memerlukannya untuk pergi ke luar negara seperti Korea untuk menyerap budaya di sana.

Seterusnya mengekspresikan pemahaman budaya itu di dalam buku novel Aku Mahu Seoul Mate.

“Tanpa merosakkan bahasa Melayu, di situlah menjadi cabaran kepada saya untuk menggunakan prakata generasi sekarang supaya mereka faham ini adalah ayat yang betul walaupun kisah percintaan tersebut berada di zaman moden," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram