
MAKAN adalah proses penting supaya tidak berlapar, kesihatan dan membekalkan tenaga serta nutrisi dalam badan.
Bak kata pepatah, makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan.
Bagaimanapun, makan dengan terlalu cepat atau gelojoh boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan seperti obesiti, penyakit kardiovaskular dan jenis kanser.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakan jadi 'mangsa' hobi Mek Zaa, sanggup luang masa hingga 3 jam demi melukis inai
Namun, adakah kita benar-benar perlu memaksa diri untuk memperlahankan cara makan, atau bolehkah sekadar menyusun semula struktur hidangan berkenaan?
Penyelidik daripada Universiti Kesihatan Fujita di Jepun telah menjalankan kajian untuk menjawab persoalan tersebut.
Dalam tempoh 12 minggu, mereka memantau 41 kakitangannya dengan memberikan mereka tiga jenis hidangan.
Hidangan tersebut terdiri daripada sekeping piza yang dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro dan dimakan dengan tangan, bento (makanan berasaskan nasi), brokoli dan daging stik cincang dinikmati menggunakan penyepit.
Faktor usia dan lelaki turut dikaitkan makan lebih pantas.
Bermula dengan sayur-sayuran, dan kadangkala ia disimpan untuk dimakan kemudian.
Tujuan pelaksanaan itu oleh saintis adalah untuk mengetahui, adakah kelajuan kita makan berlebihan itu dipengaruhi oleh jenis makanan atau susunan makanan tersebut.
Menurut jurnal diterbitkan Nutrients, hidangan bento itu menghasilkan masa mengunyah yang jauh lebih lama berbanding piza.
Tanpa mengira sama ada sayur-sayuran dimakan terlebih dahulu atau pada waktu akhir. Secara purata, para peserta mengambil masa 182 hingga 216 saat lebih lama untuk menghabiskan bento tersebut.
Dengan kata lain, bukan setakat susunan makanan itu dapat memperlahankan kadar makan, tetapi format hidangan itu sendiri mendorong peserta mengunyah lebih kerap dan cepat tanpa mengubah jumlah suapan.
Keadaan itu dipercayai berlaku kerana hidangan berasingan dan dihidangkan dengan peralatan makan.
“Malah, turut mengandungi pelbagai jenis makanan, secara semula bagi menggalakkan orang untuk makan dengan lebih perlahan,” katanya.
Tambah pula, ia memerlukan sedikit usaha adalah hidangan yang lebih mudah dinikmati secara perlahan.
Selain itu, saintis juga tidak menemui sebarang kaitan antara indeks jisim badan (BMI) dengan tempoh masa makan.
Sebaliknya, faktor usia dan lelaki nampaknya dikaitkan dengan makan yang lebih pantas.
Lebih daripada sekadar disiplin diri, mungkin format hidangan dari segi komposisi, cara penyediaan dan cara ia dimakan sebenarnya mempengaruhi seberapa cepat kita makan.
Oleh itu, daripada memaksa diri untuk memperlahankan makan, mungkin kita hanya perlu memberi ruang dan keadaan membolehkan kita makan dengan perlahan secara semula jadi.
Pendek kata, makan secara perlahan bukanlah semata-mata tentang kawal diri, ia adalah pilihan bermula dari dapur.
Elak makanan segera yang dimakan tergesa-gesa dan mengutamakan hidangan teratur dan pelbagai. Ini termasuk menggunakan peralatan makan seperti garpu dan sudu.
Ini mungkin antara cara paling mudah dan berkesan untuk mengelakkan tabiat makan berlebihan.
Malah, kaedah makan yang berbeza sambil meluangkan masa, menikmati setiap suapan dan berkongsi detik bersama rakan atau keluarga boleh menjadi suasana menjamu dengan baik.
Waktu makan turut menjadi perspektif yang boleh membantu membentuk cara pemakanan yang lebih lebih tenang dan lebih sihat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp