[VIDEO] Rooftop TRX 'syurga' buat warga kota  


  • Relaks
  • Selasa, 03 Jun 2025

Ingin lihat lebih dekat apa yang ada di Rooftop TRX, tonton segmen Nomad di Majoriti.

PERNAHKAH anda terfikir apa yang ada di bahagian atas bumbung The Exchange TRX, Kuala Lumpur? 

Buat yang belum tahu, bangunan pencakar langit dengan ketinggian rasmi 445.5 meter ini dilengkapi dengan mahkota bercahaya setinggi 65 meter itu, terdapat Rooftop berkeluasan 4.047 hektar persegi, restoran dan premis jenama terkemuka dunia.

Pemandangan dari rooftop ini amat menakjubkan yang mana, kita dapat melihat keseluruhan ibu kota Kuala Lumpur dengan angin sepoi-sepoi menampar pipi dan desiran angin yang menenangkan.

BACA LAGI: Adab mana? Datang rumah ketuklah pintu, bagi salam

BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik

 

Terdapat taman permainan kanak-kanak dan rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa.

Lokasi ini juga amat sesuai untuk pasangan mengabadikan foto kenangan bersama terutama potret perkahwinan

Buat, kaki OOTD, lokasi ini bagaikan syurga buat anda untuk memperagakan pakaian dengan aksi-aksi menarik di celah-celah suasana kehijauan pokok.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti riadah seperti yoga, bersantai bersama teman atau menyambut pesta tahun baharu mahu pun majlis hari jadi.

Terdapat Tujuah lokasi di Rooftop TRX yang sesuai untuk anda kunjungi adalah, Ruang Ceria, Plaza Harmoni, Laman Sinaran, Laman Acara, Denai Rimba, Laman ilham dan Laman Damai dan Rooftop TRX di bukan setiap hari sehingga jam 10 mlm.

Ingin lihat lebih dekat apa yang ada di Rooftop TRX, tonton segmen Nomad di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram