Adab mana? Datang rumah ketuklah pintu, bagi salam


  • Relaks
  • Isnin, 02 Jun 2025

Tonton video lanjut PSA senario dan adab orang datang rumah di Majoriti.

KETUK pintu atau bagi salam adalah adab yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat hari ini apabila bertandang ke rumah orang.

Ini kerana ada yang berteriak-teriak di pagar rumah sekadar memanggil nama tuan rumah malah tak kurang juga yang menggoncang pagar atau yang menekan loceng beberapa kali hingga pintu dibuka.

Nampak mudah perkara ini dan bukan satu kesalahan tetapi ia sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang individu.

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan ambil remeh! Kuku lebih 3mm, kotor boleh jadi punca jerawat dan bisul

BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts

 

Memberi salam adalah Sunnah yang melambangkan identiti.

Seperti diterangkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memberi salam adalah sunnah yang melambangkan identiti setiap individu.

Sabda Nabi Muhammad SAW melalui hadis yang diriwayatkan al-Bara’ RA bahawa: “Sebarkan (jadikan kebiasaan) salam, (maka) kamu akan sejahtera.”.

Malah kepentingan adab ini juga ditekannkan dalam surah An-Nur ayat (27-29).

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.

Bagi yang bukan Muslim pula, gunakan ayat yang sesuai seperti salam sejahtera atau membunyikan loceng sekali ketika sampai di hadapan pintu rumah atau menelefon tuan rumah untuk segera membuka pintu.

Jadi jangan biarkan amalan ini terhakis dengan peredaran zaman.

Tonton video lanjut PSA tentang adab ketika bertandang ke rumah orang di Majoriti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

PSA, adab, ketuk, pintu, salam, ziarah, rumah, sopan, senario