
MENJELANG ibadah korban yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pastinya ada pihak yang cuba menimbulkan isu mengenai pelaksanaan ibadah korban di luar negara.
Segmen Duduk Sembang kali ini, mengupas upacara korban yang memberi simbol sedekah kepada orang ramai sekali gus mendekatkan diri kepada ALLAH SWT selain dikategorikan sebagai sunat muakkad yang dituntut pelaksanaanya.
Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor, 38, yang menguruskan ibadah korban di luar negara menolak dakwaan bahawa pelaksanaan itu merupakan satu pembaziran sedangkan ia lebih afdal dibuat di negara sendiri.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa
BACA LAGI: VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah
Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor.
"Perkara ini tidak menjadi masalah dan bukan isu, dalam Islam, persaudaraannya tanpa sempadan dan korban ini satu pilihan, kalau rasa tak mampu tidak mengapa untuk tak berbuat demikian.
“Kita tidak ada geografi untuk melaksanakan ibadah korban. Dalam Islam, kalau dia adalah orang yang bersyahadah, Islam dan beriman mereka layak, bagaimanapun ia lebih afdal korban jika dibuat di rumah. Kalau tanya saya, afdal di Malaysia,” ujarnya.
Menurut ayah kepada tiga orang cahaya mata itu, Serantau Muslim bukan sahaja menawarkan khidmat korban di luar negara, sebaliknya ibadah itu turut dilakukan di dalan negara dengan harga mampu milik.
Berbicara dengan binatang korban, lembu, kambing atau unta kebiasaannya menjadi pilihan manakala ayam, itik dan seumpamanya tidak sah menjadi binatang korban.
Antara salah satu syarat sah korban adalah binatang berkaki empat dikategorikan sebagai haiwan An'aam.
“Nampak mudah tapi sebenarnya ramai juga yang tidak tahu dan tanya pada saya, ayam atau itik dikira binatang sembelihan untuk korban tak? Jawapannya tidak kerana binatang korban perlu ada empat kaki.
“Tapi macam mana pula harimau, singa atau kucing? Ada juga empat kaki? Di sini saya ingin jelaskan, antara salah satu syarat sah korban adalah binatang berkaki empat dikategorikan sebagai haiwan An'aam.
“Maksudnya kategori binatang ternakan, sebab itu buaya itu tidak boleh, senang kata yang karnivor,” jelasnya.
Bagi memberi penjelasan lebih mendalam tentang stigma penyembelihan itu yang dianggap kejam oleh sesetengah pihak, ikuti perkongsian lanjut Ustaz Hakim dalam segmen khas Duduk Sembang sempena Hari Raya Aidiladha di Majoriti.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram