Anggota bomba photoshoot wedding ala hero selamatkan isteri dari kebakaran, ini baru betul ‘abang bomba I love you’  


  • Relaks
  • Jumaat, 09 Mei 2025

Kejadian yang dirakamkan itu berjaya menarik perhatian warga maya dengan ucapan selamat pengantin baru.

KREATIVITI dalam menyunting atau sesi pemotretan gambar serta video perkahwinan outdoor kini sudah semakin dahsyat apabila ramai yang mulai memikir idea yang di luar kebiasaan.

Antara yang menjadi ikutan ialah sesi bergambar di tepi pantai berombak, dalam hutan, di atas permukaan pasir ibarat dan sebagainya.

Bagi anggota keselamatan misalnya tentera, polis serta bomba, kebiasaannya, mereka akan memakai baju istiadat untuk naik pelamin atau menangkap gambar.

BACA LAGI: [VIDEO] Hobi sejak kecil bawa tuah, gubahan bunga anak jati Terengganu libatkan diri hiasi majlis kenamaan

BACA LAGI: [VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang

Berbaju pengantin (perempuan) dan berpakaian seragam lengkap (pengantin lelaki) berlatar belakangkang api sebenar.

Berbeza pula kali ini, tular sebuah sebuah video menerusi hantaran di Tik Tok memperlihatkan, seorang anggota bomba yang membuat keputusan untuk mengadakan photoshoot berkonsepkan suasana kebakaran dengan api sebenar bersama isterinya.

Dengan lengkap berpakaian seragam keselamatan berserta helmet dan tong oksigen di belakang badan, anggota tersebut mendukung isterinya yang berpakaian pengantin berwarna jingga lembut sambil berlatar belakang sebuah bangunan yang sedang terbakar.

Tangkap layar ruangan komen di Tik Tok.

Rakaman sesi fotografi tersebut berjaya menarik perhatian warga maya dengan ucapan selamat pengantin baru.

“Selamat pengantin baharu wira negara,” kata seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

“Ini baru betul abang bomba ‘I love you’” komen seorang lagi.

Keadaan banjir yang melanda di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak tidak menjadi penghalang untuk pasangan pengatin menjalankan sesi bergamabr di atas sampan.

Selain itu, pada Februari lalu pun tular sebuah lagi video di Tik Tok, pengantin photoshoot atas sampan di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Keadaan tersebut meraih perhatian ramai berikutan penggambaran tersebut dijalankan dalam keadaan sebegitu rupa dek kerana situasi huru-hara, rumah dinaiki air dan jalan bertukar menjadi sungai akibat banjir yang melanda.

“Kahwin banjir vibes, banjir bukanlah penghalang untuk hari yang indah. Selamat bermuara sahabatku,” tulis kapsyen dalam video TikTok tersebut.

Apapun yang terjadi, kenangan menjadi raja sehari jangan sesekali dilepaskan. Simpanlah seberapa banyak mungkin gambar bersama pasangan untuk dikenang oleh anak dan cucu suatu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram