Elak bungkus makanan dengan plastik, kempen BYOT galak masyarakat hidupkan kembali amalan penggunaan mangkuk tingkat


  • Relaks
  • Sabtu, 29 Mac 2025

Inisiatif dalam mengembangkan lagi penggunaan mangkuk tingkat telah dilaksanakan dalam Bring Your Own Tiffin (BYOT).

SEBELUM hadirnya penggunaan bekas plastik, kebanyakkan masyarakat era lampau bergantung pada mangkuk tingkat untuk membawa makanan. Ia bersifat sifar sisa dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Zaman sekarang sudah ada pelbagai jenis bekas makanan moden yang lebih ringan dan praktikal, namun kesan jangka panjangnya memudaratkan alam malah manusia juga. 

Inisiatif dalam mengembangkan lagi penggunaan perkakas tersebut telah dilaksanakan oleh sebuah badan komuniti, Locco yang menganjurkan kempen bertemakan Retro Raya, Bring Your Own Tiffin (BYOT).

BACA LAGI: Status malim gunung bukan hak lelaki, Eima terus gali ilmu walau lebih 20 tahun pengalaman keluar masuk hutan

BACA LAGI: Perpustakaan komuniti di JB tumpuan keluarga dan kanak-kanak, hidupkan amalan derma buku

 

Mangkuk tingkat adalah alternatif kepada plastik sekali guna seterusnya seterusnya dapat mendidik masyarakat untuk menggunakanya.

Tujuan utama acara itu dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengembalikan serta menggalakkan orang ramai supaya kembali kepada amalan pemakanan yang lebih mesra alam. Kelestarian bermula dengan mangkuk tingkat!

Ia sebagai alternatif kepada plastik sekali guna seterusnya seterusnya dapat mendidik masyarakat untuk mengurangkan penggunaan bahan tersebut.

Bahkan, tradisi tersebut itu mahu dihidupkan kembali sebagai langkah pergerakan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

"BYOT bukan sekadar acara suka-suka membawa mangkuk tingkat tetapi ia juga melambangkan usaha untuk mengubah corak pemikiran masyarakat. Secara perlahan-lahan agar penggunaan mangkuk tingkat menjadi amalan harian.

"Kami mahu menunjukkan bahawa tindakan kecil, seperti mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, boleh memberi impak besar.

“Bulan Ramadan seterusnya Syawal adalah bulan refleksi dan muhasabah diri, memikirkan langkah bagaimana kita boleh 'memberi semula' kepada alam sekitar," kata Pengasas Bersama Locco, Shamsul Bahrin Zainuzzaman.

Selain daripada mengingatkan kita bahawa tradisi dan kelestarian boleh berjalan seiring, mangkuk tingkat bukan saja sekadar simbol masa lalu, tetapi ia juga penyelesaian untuk masa depan.

“Melalui kempen ini, kami berharap lebih ramai orang akan membuat pilihan yang lebih bijak. Bukan hanya pada bulan Ramadan dan Syawal saja, tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka," ujarnya Shamsul.

Kempen mangkuk tingkat akan diteruskan sehingga Hari Raya Aidilfitri untuk orang ramai berkongsikan detik-detik dengan meletakkan #BYOT media sosial.

Kempen tersebut akan diteruskan sehingga Hari Raya Aidilfitri untuk orang ramai berkongsikan detik-detik dengan meletakkan #BYOT di platform media sosial, ketika menziarahi sanak saudara dengan membawa bekalan makanan dalam mangkuk tingkat.

Secara tidak langsung ia akan turut menjadi simbol kasih sayang, keprihatinan, dan keakraban.

Jadi, konsep BYOT sama seperti Hari Bumi dan Locco percaya pergerakan bagi tahun kedua itu mampu diperluas lagi ke pelbagai konteks dan tidak terhad kepada Ramadan sahaja.

“Jadi melalui iftar hari ini, LOCCO berharap dapat memperkukuhkan kesedaran ini dan menggalakkan lebih ramai orang untuk meneruskan amalan ini sehingga hari raya dan pada bila-bila masa sekalipun.

“Perkara ini memupuk kesedaran secara berperingkat untuk membuat perubahan mudah tetapi berkesan dalam gaya hidup mereka,” ujarnya

Shamsul bersama peserta dan anak muda yang memeriahkan #BYOT semasa majlis iftar baru-baru ini.

Walaupun kempen itu bermula tahun lepas dan hanya mencatatkan lebih kurang 150 peserta saja, kali ini acara tersebut yang dimulakan pada bulan Ramadan dengan mencatatkan jumlah dua kali ganda.

“Saya sentiasa percaya bahawa tidak mengapa mula dari kecil kerana suatu hari nanti ia pasti akan besar. Kepercayaan saya terhadap generasi muda sekarang perlu dipupuk dengan kesedaran dan kemesraan, bukannya dengan paksaan.

“Sebab itu saya tidak pernah risau untuk menjalankan kempen seperti ini. Cara untuk menjayakan acara tersebut, saya hanya perlu bersatu dengan setiap generasi yang ada. Begitulah cara untuk menghidupkan serta mengekalkan kelangsungan seni budaya di Malaysia secara berpanjangan,” kongsi Shamsul.

Buat makluman, penggunaan mangkuk tingkat tidak terhad di Malaysia sahaja. Asal usul perkakas tradisional tersebut sebenarnya adalah dari India dan kini menjadi kegunaan harian di beberapa bahagian di Asia Tenggara.

Malah, pelbagai lapisan masyarakat berbeza budaya mengamalkan penggunaannya hingga ianya dianggap sebagai warisan negara.

 

 

Tambah menarik lagi, konsepnya turut mempengaruhi budaya bento di Jepun, bahkan menjadi bahan kajian angkasa oleh NASA.

Negara-nefara di Asia Barat, Korea Selatan dan India juga mempunyai variasi tersendiri seperti safartas, dosirak dan dabbas; membuktikan bahawa kaedah penyimpanan makanan yang praktikal dan lestari ini adalah amalan universal.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram