Apa impak pengundi 18 tahun di PRN Johor?


  • Politik
  • Isnin, 21 Mac 2022

PENGUNDI muda mewakili 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,597,742 pengundi di Johor.

APA impak yang dibawa pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Walaupun tiada data rasmi dikeluarkan, tetapi berdasarkan keputusan undi di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang paling banyak mempunyai pengundi berusia 18 hingga 20 tahun, Barisan Nasional (BN) yang paling banyak menang dengan tujuh kerusi.

Tujuh kerusi itu adalah Tiram, Bukit Permai, Bandar Iskandar, Permas, Panti, Parit Yaani dan Pasir Raja manakala Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Muda masing-masing mendapat satu kerusi iaitu Perling (PH), Bukit Batu (PKR) dan Puteri Wangsa (Muda).

Tiram, kerusi DUN yang terletak di timur laut daerah Johor Bahru, merupakan satu-satunya kawasan di Johor yang mempunyai lebih 19 peratus pengundi baharu dengan angka 10.04 peratus.

Calon Umno, Azizul Bachok menang kerusi itu dalam pertandingan tujuh penjuru.

cabaran Baharu

Memandangkan PRN Johor merupakan pilihan raya pertama yang melaksanakan pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun, berlaku pertambahan 173,177 pengundi muda antara 18 dan 20 tahun di negeri itu.

Mereka mewakili 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,597,742 pengundi.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan perincian jumlah pengundi yang keluar, jurucakap agensi itu dalam satu mesej balas kepada Sin Chew Daily menyatakan bahawa SPR tidak mempunyai data bagi pengundi berusia 18 hingga 20 tahun yang turun mengundi.

Berdasarkan maklumat SPR yang menunjukkan jumlah keluar undi lebih rendah berbanding PRU14 sebelum ini (74.5 peratus), jumlah sebenar pengundi adalah 100,000 lebih berbanding PRU pada 2018 itu.

Maklumat yang disalurkan sebuah parti politik sebelum ini menunjukkan pengundi muda tidak menunjukkan keutamaan politik yang ketara pada pilihan raya negeri kali ini. Ini kerana setiap parti ada penyokong sendiri dalam kalangan pengundi muda.

BN bukan sahaja memenangi 40 kerusi DUN (71.4 peratus) malah menyapu bersih tujuh kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak termasuk DUN Tiram yang mempunyai jumlah pengundi muda paling ramai.

Current tally: Barisan supporters looking at election results on a big screen at Kompleks Seri Pekembar Pagoh in Muar

BN memenangi tujuh daripada 10 DUN yang mempunyai pengundi muda paling ramai.

DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding di bawah Pakatan Harapan memperoleh 20.48 peratus undi manakala DAP berjaya menawan Perling, yang mempunyai 7.76 peratus pengundi muda.

Tiga lagi kerusi DUN dengan lebih 9 peratus pengundi muda – Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Bandar Iskandar masing-masing ditawan Muda dan Barisan Nasional.

Walaupun pengundi muda bukan faktor utama Muda menang, Puteri Wangsa dengan 9.89 peratus pengundi muda merupakan satu-satunya DUN yang dimenangi Muda.

Bukit Permai yang dimenangi Barisan Nasional juga mempunyai lebih 9 peratus (9.78 peratus) pengundi muda.

PKR memenangi Bukit Batu, satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu (5.93 peratus undi) dalam PRN Johor, juga merupakan salah satu daripada 10 kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak. Sebanyak 8.23 peratus pengundi berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Selain Bukit Batu, pengundi muda di Permas (8.68 peratus) juga melebihi 8 peratus manakala pengundi muda di Panti, Perling, Parit Yaani dan Pasir Raja masing-masing ialah 7.78 peratus, 7.76 peratus, 7.55 peratus dan 7.33 peratus.

Daripada 10 kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak, selain Parit Yaani terletak di tengah Johor, selebihnya kerusi DUN di selatan Johor.

Secara puratanya, pengundi muda merangkumi 6 peratus dan 6.99 peratus% di 17 kerusi DUN manakala 5 peratus dan 5.99 peratus di 17 lagi kerusi DUN. Lapan kerusi negeri mempunyai 4 peratus dan 4.99 peratus pengundi muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram