Empat media berganding bahu


  • Primer
  • Ahad, 13 Feb 2022

KERJASAMA empat media utama ini akan menyentuh pelbagai isu nasional secara mendalam dan komprehensif.

BUAT pertama kalinya dalam sejarah, empat buah organisasi media perdana - The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily, dan Astro Awani - berganding bahu dan berkolaborasi untuk memberikan laporan yang terbaik dan lebih mendalam serta berkualiti meliputi pelbagai isu semasa yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Kerjasama ini akan menyentuh pelbagai isu nasional secara mendalam dan komprehensif yang berkaitan dengan soal demokrasi misalnya, alam sekitar, pendidikan dan banyak lagi.

WhatsApp Image 2022-02-12 at 11.36.02 PM

KETUA Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng.

“Kami membuat keputusan untuk membentuk kerjasama ini sebagai usaha menyuarakan pandangan yang mewakili latarbelakang rakyat Malaysia yang pelbagai dalam isu-isu penting melibatkan masa depan negara,” kata Ketua Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng.

WhatsApp Image 2022-02-12 at 11.36.03 PM

KETUA Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail.

Sementara Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata; “Kerjasama ini bermatlamat untuk menawarkan pengisian yang lebih baik dan komprehensif kepada masyarakat dan negara. Dalam apa juga keadaan, media sentiasa berpadu, bina kekuatan dan optimisme untuk semua.”

WhatsApp Image 2022-02-12 at 11.36.00 PM

KETUA Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang.

Manakala Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang menambah, “Tidak dapat dinafikan, seseorang itu akan berjalan lebih pantas berseorangan tetapi kami percaya sebagai satu kumpulan, kami akan melangkah nun lebih jauh.”

WhatsApp Image 2022-02-12 at 11.36.01 PM

KETUA Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman.

Dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman menegaskan, “Menerusi kerjasama ini, media yang mewakili suara rakyat akan dapat membawa pandangan yang lebih membina serta dinamik dalam membentuk dasar dan halatuju negara pada masa hadapan.”

Projek pertama di bawah kerjasama ini ialah mengenai Undi18 dan kesannya ke atas Pilihan Raya Negeri Johor serta Pilihan Raya Umum nanti dan disiarkan serentak di dalam keempat-empat media utama ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram