PRU15 penentu impak pengundi muda 18-21 tahun — Bersih


  • Massa
  • Isnin, 21 Mac 2022

GOLONGAN muda lebih tertarik dengan isu mereka tersendiri. — Gambar hiasan

GOLONGAN pengundi muda yang membabitkan usia 18 hingga 21 tahun rata-ratanya tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Menurut Pengerusi Bersih, Thomas Fann, ia antara faktor yang menyaksikan mengapa golongan tersebut lebih memilih untuk tidak turut serta mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dinamika dan iklim politik semasa dua tahun kebelakangan ini juga telah menyaksikan rakyat termasuk golongan tersebut seakan sudah bosan dengan retorik politik berterusan yang dipamerkan.

cabaran Baharu

“Mereka lebih tertarik dengan isu kos sara hidup, perumahan, peluang pekerjaan dan pendidikan. Inilah isu yang pada saya golongan muda lihat sebagai amat penting. Gabungan atau parti yang membawa isu ini mampu menarik minat mereka.

“Isu-isu lain seperti rasuah walaupun amat penting kepada negara kita, itu bukan satu kepentingan setakat ini kerana kita masih nak keluar daripada kesan akibat pandemik Covid-19,” jelasnya kepada Astro AWANI.

Peratusan yang direkodkan dalam Daftar Pemilih dalam PRN Johor setakat ini juga katanya, tidaklah begitu besar bagi memberi impak terhadap keputusan sesuatu pilihan raya.

Press conference by Bersih 2.0 Chairperson Thomas Fann regarding the release of observation report of Tanjung Piai by- election.

THOMAS Fann mengulas tentang impak Undi18.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ia menjadi faktor menarik dalam sejarah pilihan raya apabila buat pertama kalinya menyaksikan golongan tersebut dibenarkan mengundi.

Golongan tersebut katanya, telahpun menyumbang sejumlah 40 peratus dalam pilihan raya tersebut daripada jumlah keseluruhan yang layak mengundi.

“Kesannya yang besar bukan PRN Johor, tetapi saya percaya pilihan raya (PRU-15) akan datang dengan kesedaran yang lebih akan keluar mengundi dan ini akan memberikan kesan yang besar terhadap pilihan raya dan politik dalam negara kita," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram