Undi18 pencetus fenomena calon muda, muka baharu


  • Massa
  • Isnin, 21 Mac 2022

SATU daripada sebab Undi18 diluluskan semua pihak kerana ia tidak mempunyai agenda bipartisan.

MASIH belum ada gambaran jelas bagaimana impak undi golongan muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana ia hanya boleh diketahui apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan datanya.

Namun berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang dikumpulkan daripada pemerhati pilihan raya, golongan belia berpecah antara Pakatan Harapan, PKR, Perikatan Nasional dan juga Barisan Nasional.

Menurut pengasas bersama NGO Undi18, Tharma Pillai, berdasarkan pemerhatian PRN Johor, banyak parti menukar strategi mereka susulan pelaksanaan Undi18.

Impak jelas Undi18 yang boleh kelihatan terhadap semua parti adalah terdapat perubahan penting dalam meletakkan calon muda dan muka baharu.

cabaran Baharu

“Lebih banyak muka muda, muka baharu yang diletakkan sebagai calon. Sebagai contoh, kita ada Parti Muda yang mencapai keputusan baik walaupun mereka bertanding di tujuh kerusi,” jelasnya.

Boleh dikatakan, untuk menentukan parti mana yang mendapat lebih banyak Undi18 pada masa depan adalah sukar kerana golongan belia dari kawasan berbeza mempunyai pandangan dan pegangan politik yang berbeza, kata Tharma.

“Satu daripada sebab Undi18 diluluskan semua pihak kerana ia tidak mempunyai agenda bipartisan.

“Ia bukan diluluskan kerana akan berpihak kepada satu-satu parti tetapi semua parti boleh mendapat peluang yang sama daripada pengundi muda,” jelas Tharma.

Undi18 melibatkan 175,000 pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun dan 575,000 pengundi baharu yang berusia 21 tahun ke atas yang didaftarkan secara automatik.

Menurut Tharma, bagi menghadapi pilihan raya pada masa depan, terdapat keperluan untuk bersemuka dan mendidik pengundi.

Pendedahan ini bukan sahaja kepada pengundi muda tetapi perlu melibatkan pengundi baharu.

“Perlu diingatkan bahawa majoriti pengundi baharu yang ditambah merupakan mereka yang tidak pernah berdaftar atau memilih untuk berdaftar walaupun sudah berusia 21 tahun ke atas.

#RasuahBusters speaker Tharma Pillai speaking during the #MalaysiaTanpaRasuah launch on Monday. -SAMUEL ONG/The Star

BANYAK parti menukar strategi mereka susulan pelaksanaan Undi18, kata Tharma.

“Untuk kategori ini, mereka mungkin tidak minat atau tidak ambil kisah tentang politik, mereka yang tinggal di luar negara, mereka yang dari golongan B40 dan mereka yang tidak mempunyai masa untuk mendaftar.

“Terdapat pelbagai faktor individu ini tidak berdaftar sebagai pengundi,” katanya.

Pendidikan tentang undi tidak semestinya dilakukan oleh parti politik, tetapi SPR juga perlu memainkan peranan memandangkan Malaysia kini mempunyai tambahan 5.8 juta pengundi baharu susulan pelaksanaan Undi18.

“Tiada NGO atau parti politik yang boleh bersemuka dengan komuniti yang besar ini. Jadi terpulang kepada kerajaan untuk bersemuka dengan pengundi baharu ini,” katanya.

Walaupun PRN Johor menyaksikan jumlah keluar undi yang rendah dengan 54.9 peratus berbanding 83 peratus pada 2018, perlu difahamkan situasi ini melibatkan pertambahan jumlah pengundi.

Undi18 bukan hanya menurunkan usia pengundi daripada 21 kepada 18 tahun tetapi juga memperkenalkan pendaftaran automatik.

Pelaksanaan ini pertama kalinya digunapakai di PRN Johor.

“Untuk meletakkannya dalam konteks, 1.42 juta orang keluar mengundi semasa pandemik untuk pilihan raya negeri, bermakna ia dipisahkan daripada pilihan raya umum. Kebiasaannya, itu pun akan menjejaskan peratusan keluar mengundi, tetapi 1.42 juta orang masih keluar,” kata Tharma.

“Pemilihan keluar mengundi untuk pilihan raya 2018 hanya 1.5 juta. Hanya terdapat pengurangan sebanyak 800,000 pengundi atau lebih. Perbezaannya tidak begitu ketara, dan saya rasa satu perkara yang perlu kita tekankan ialah kadar keluar mengundi berbanding pilihan raya negeri lain sebenarnya agak baik di Johor,” katanya.

Tharma berkata. beberapa faktor yang mungkin menyebabkan pengurangan peratusan keluar mengundi; Covid-19, sekatan perjalanan akibat pandemik, dan kos perjalanan yang tinggi.

“Alasan lain ialah mungkin terdapat kekurangan maklumat atau kesedaran yang diberikan oleh SPR kepada segmen pengundi termuda dan juga mereka yang telah didaftarkan secara automatik, untuk memaklumkan kepada mereka bahawa mereka kini mempunyai hak untuk mengundi,” katanya.

“Dengan lebih ramai orang ditambah ke dalam daftar pemilih, adalah penting SPR menghubungi dan memaklumkan pengundi baharu bahawa mereka kini didaftarkan secara automatik, dan ini tidak dilakukan.” — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram