[VIDEO] Rentetan pengantin wanita terkorban nahas helikopter terhempas 2016, foto pengantin lelaki ‘moved on’ bersama famili baharu tersebar


  • Benua
  • Ahad, 21 Apr 2024

Selepas dua tahun kematian Rosemere (gambar kiri), Udirley difahamkan telah meneruskan hidup dan memulakan keluarga baharu pada 2018. — Agensi

MAJLIS perkahwinan Rosemere do Nascimento Silva pernah menjadi bualan media di seluruh dunia selepas niat pengantin wanita itu untuk mengejutkan pasangannya dengan menaiki helikopter tidak kesampaian kerana dia maut dalam nahas pesawat berkenaan pada 2016.

Video nahas itu masih tular di media sosial sehingga hari ini.

Dalam kejadian sekitar Disember 2016 di Brazil itu, mangsa, Rosemere meninggal dunia bersama tiga lagi individu lain yang berada di dalam helikopter berkenaan iaitu juruterbang, Peterson Pinheiro; abangnya, Silvano dan seorang jurugambar perkahwinan yang sedang hamil enam bulan, Nayla Cristina Neves Lousada.

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di sebuah kawasan hutan terletak tidak jauh dari lokasi yang sepatutnya ia mendarat, iaitu di venue majlis perkahwinannya.

Difahamkan, ketika insiden, pengantin lelaki, Udirley Narques Damasceno, 34, yang tidak mengetahui mengenai kejutan terbabit sedang menunggu ketibaan pengantin perempuan bersama 300 tetamu jemputan di tempat acara itu di sebuah kawasan perumahan mewah pinggir bandar Sao Paulo.

BACA LAGI: [VIDEO] Momen terakhir pengantin perempuan, hanya mampu pegang erat tangan abang sebelum helikopter terhempas masih undang sebak

2652869

Tangkap layar video memaparkan Rosemere (kiri) dan abangnya cemas selepas helikopter berkenaan mengeluarkan bunyi penggera amaran ketika mereka sedang dalam perjalanan menuju ke venue majlis perkahwinan. — Agensi

Kini, selepas lapan tahun berlalu, Udirley difahamkan telah meneruskan hidup dan memulakan keluarga baharu.

Melalui satu gambar yang tular di laman media sosial memaparkan Udirly telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Hasil pemerhatian netizen di laman Instagram Udirley, lelaki berkenaan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita pada 2018.

Namun, dia tidak didedahkan identiti wanita berkenaan.

BACA LAGI: 'Jangan membongak', bekas pesakit kanser tepis dakwaan ejen insurans, kos rawatan kemoterapi hospital kerajaan mahal

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut kereta elektrik mewah terbabas, saksi dakwa kenderaan dipandu laju di DUKE

Rata-rata warga maya turut mengucapkan tahniah terhadap Udirley dan mendoakan kebahagian lelaki tersebut.

Terdahulu, Majoriti melaporkan rakaman detik-detik akhir Rosemere dari dalam helikopter sebelum tragedi malang itu.

Klip berkenaan memaparkan Rosemere duduk di sebelah abangnya di bahagian penumpang belakang manakala jurugambar pula duduk di kerusi penumpang sebelah juruterbang.

Difahamkan, nahas tersebut berpunca akibat cuaca buruk dan kabus tebal di kawasan tersebut sehingga menyebabkan juruterbang hilang kawalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram