[VIDEO] Bapa pelajar USAS maut nahas langgar pokok cuba tarik mangsa keluar sebelum kereta terbakar


  • 112
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Seorang pelajar USAS maut selepas kereta dipandu bapa terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu pada Sabtu. — Ihsan PDRM

SEORANG pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut selepas kereta Proton Saga SL 1.3 yang dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu dekat Raub, Pahang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa, Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, terdapat empat orang termasuk pemandu menaiki kenderaan berkenaan.

"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku semasa pemandu iaitu bapa mangsa yang berusia 66 tahun dari arah Kampung Lechar, Raub dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya, Selangor.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kanan jalan dan melanggar pokok hingga menyebabkan kereta tersebut terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka

Mohd Shahril berkata, impak daripada kemalangan tersebut, mangsa berada di bahagian tempat duduk penumpang depan terperangkap di dalam kenderaan.

Jelasnya, bapa mangsa cuba menarik keluar mangsa yang terperangkap namun tidak sempat.

"Keşan daripada kebakaran tersebut menyebabkan mangsa terbakar bersama kenderaan terbabit.

"Seorang lagi lelaki dan perempuan iaitu penumpang bahagian belakang yang cedera dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan selanjutnya," tambah beliau.

Mohd Shahril memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram