MISTERI penemuan bagasi berisi tulang seorang wanita di sebuah jalan dekat Santiago, Chile pada Isnin lalu terungkai selepas kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan mendedahkan seorang biarawati yang dilihat mengheret beg tersebut.
Difahamkan, mayat wanita itu juga merupakan seorang biarawati dan merupakan rakan baiknya sendiri.
Memetik laporan media antarabangsa, tindakan biarawati berusia 80 tahun itu berjaya dirakam oleh CCTV di salah sebuah premis berkenaan.
Difahamkan, beg berisi tulang itu ditemui oleh orang awam sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di bandar tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki
Jurucakap polis tempatan, Juan Fonseca berkata, ketika disiasat, biarawati itu memberitahu polis bahawa dia dan mangsa telah membuat perjanjian untuk menjaga satu sama lain walaupun telah meninggal dunia.
"Mangsa yang berusia 58 tahun telah meninggal dunia dan pelaku masih menyimpan mayatnya kerana rasa 'sayang' dan perjanjian yang telah dibuat.
"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia kerana sakit," katanya.
Tambahnya lagi, pelaku masih belum ditahan namun berisiko dikenakan sekatan di bawah peraturan kesihatan awam kerana tidak memberitahu pihak berkuasa tentang kematian rakannya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram