[VIDEO] Anak meraung lihat ibu hamil 9 bulan melambung kena langgar superbike terbabas hilang kawalan


  • Benua
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan lalu melanggar orang awam di Brazil baru-baru ini. — Agensi

KEGEMBIRAAN lima sekeluarga meluangkan masa berjalan-jalan di sebuah bandar menjadi mimpi ngeri selepas mereka dilanggar oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Jacarei dekat Sao Paulo, Brazil pada 5 April lalu.

Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di lokasi kejadian yang memaparkan lima wanita cedera, termasuk dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita hamil.

BACA LAGI: Warga maya dakwa Bukit Bintang dah lama jadi 'port' persundalan warga asing, minta DBKL ambil tindakan segera

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di kawasan kejadian.

Semasa mereka berjalan di kaki lima itu, sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh kesemua mangsa.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan kelima-lima mangsa terjatuh.

Penunggang motosikal itu turut dilihat merangkak mengerang kesakitan sementara wanita hamil berkenaan terbaring kaku.

Turut kedengaran salah seorang kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita terbabit menangis dan menjerit panik meminta pertolongan orang awam membantu ibunya yang kesakitan.

Difahamkan, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, doktor terpaksa melakukan pembedahan caesarean atau C-section terhadap wanita hamil tersebut.

Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sementara bayinya selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram