'Jangan membongak', bekas pesakit kanser tepis dakwaan ejen insurans, kos rawatan kemoterapi hospital kerajaan mahal


  • Massa
  • Ahad, 21 Apr 2024

Kanser adalah antara penyakit paling digeruni masyarakat sekali gus ia memerlukan perhatian dan rawatan yang berkesan. — Gambar Hiasan

KANSER adalah antara penyakit paling digeruni masyarakat sekali gus ia memerlukan perhatian dan rawatan yang berkesan bagi mengelak bertambah kronik sehingga membawa maut.

Tidak dinafikan, sesetengah setiap rawatan kanser memerlukan kos yang tinggi tetapi bergantung kepada tahap dan jenis kanser yang dihadapi.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Amirah yang bekerja sebagai penjual insurans, rawatan kemoterapi untuk seorang pesakit kanser mencecah sehingga RM30,000.

"Kemoterapi kanser, hospital kerajaan request (minta) RM30,000.

"Itu pun masih ada lagi orang bagitahu Amirah, hospital kerajaan murah, bayar RM1 sahaja," katanya.

BACA LAGI : Cikgu perlu berpada-pada buat 'content' mengajar elak warga maya melatah — Persatuan guru

Medical-Banner

Amirah mendakwa rawatan kemoterapi untuk seorang pesakit kanser mencecah sehingga RM30,000 di hospital kerajaan. — Gambar hiasan

BACA LAGI : Gadis bawah umur hilang bersama teman lelaki, tidak pulang rumah lepas minta izin mandi di Bukit Merah

Namun, seorang bekas pesakit kanser, Amigul Agim menangkis dakwaan wanita berkenaan yang mendakwa hospital kerajaan meminta bayaran yang tinggi untuk caj rawatan kemoterapi.

"Membongak (Menipu) sahaja, aku buat rawatan kemoterapi tak sampai RM10,000 pun. Kos rawatan termasuk pembedahan dan pembelian peralatan untuk kemoterapi.

"Kos itu juga termasuk bilik penginapan kelas pertama. Imbasan berkomputer (CT Scan) lima kali, pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pemeriksaan ultra bunyi (ultrasound) sekali.

"Tak mahal seperti yang didakwa. Jangan fitnah hospital kerajaan," katanya.

Menurut Amigul, segala rawatan kansernya itu dilakukan di Institut Kanser Negara (IKN) yang berlokasi di Putrajaya dan kali terakhir dia mendapatkan rawatan tersebut pada tiga tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan Amigul.

Alfian_Afil tidak menafikan rawatan sesetengah penyakit kanser memerlukan kos yang tinggi namun sebenarnya ia bergantung kepada ubat pesakit tersebut.

"Perkhidmatan rawatan yang ditawarkan di hospital kerajaan jauh lebih murah daripada swasta.

"Ejen-ejen insurans ini tidak perlu takutkan masyarakat dengan cerita-cerita seperti ini. Perlu lebih banyak membaca daripada menyebarkan cerita yang tidak benar," katanya.

WhatsApp Image 2024-04-21 at 11.09.34 (1)

IKN merupakan sebuah hospital kerajaan yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini bagi merawat pesakit kanser.

Sementara itu, seorang lagi warga maya, Alia A. turut berkongsi kisah tentang kos rawatan kanser payudara ibunya di hospital kerajaan.

"Ibu saya perlu mengambil ubat Herceptin susulan daripada rawatan kemoterapinya. Hospital swasta akan caj satu dos RM10,000 namun di hospital kerajaan RM1,800.

"Kena ambil lebih daripada 16 kali sekali radioterapi. Nasib zakat bayarkan kerana insurans sudah habis," tulisnya.

Untuk makluman, IKN merupakan sebuah hospital kerajaan yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini bagi merawat pesakit kanser.

Pembinaannya bertujuan memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan pesakit-pesakit kanser serta menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram