KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan sikap tidak berhati perut seorang bapa yang ditahan atas tuduhan mendera dan cuba membunuh bayinya sendiri.
Kejadian yang berlaku di Kota Medan, Indonesia pada 8 April lalu itu turut tular di laman media sosial.
Melalui video tular yang dikongsikan, kelihatan suspek menekup muka anaknya dengan bantal berwarna biru sehingga bayi malang itu menangis.
Dia kemudiannya menekan bantal berkenaan menggunakan kaki.
Lebih kejam lagi, walaupun bayi malang itu menjerit kesakitan namun suspek terus menekupnya.
Sementara itu, Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) Polis Belawan Harbour Resort, Rostati Sihombing berkata, penderaan itu bermula apabila isterinya meminta suspek yang hanya dikenali sebagai MR untuk membeli nasi bungkus.
"Namun, MR tidak membeli nasi bungkus berkenaan sehingga berlaku pergaduhan antara mereka berdua di rumah.
"Ketika kejadian, anak mereka yang berusia dua bulan lebih itu pula menangis.
"Melihat anaknya menangis, MR kemudiannya menggendong anaknya tetapi tangisan anak itu tidak berhenti sehingga menyebabkan dia berasa geram dan menekup muka mangsa," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut kereta elektrik mewah terbabas, saksi dakwa kenderaan dipandu laju di Duke
Untuk orang2 goblok kaya gini, kebiri aja, gak usah punya anak. Guoblooook! https://t.co/2SMYno6CAt
— NEG (@negativisme) April 14, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki
Rostati berkata, isterinya yang ketakutan terus merakam tindakan suaminya itu dan memuat naik video berkenaan ke dalam media sosial.
"Siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana berang anaknya tidak berhenti menangis.
"Emosi bergaduh dengan isteri, anak menjadi mangsa," ujarnya.
Tambah Rostati lagi, ini bukan kali pertama suspek bertindak sedemikian.
"Melalui maklumat yang diterima, pelaku telah mendera anak kecilnya dua kali pada masa berbeza.
"Melalui kenyataan isteri dan pengakuan suspek, bayi malang itu pernah dipukul di kaki sebanyak dua kali," ujarnya.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan sekiranya didapati bersalah akan dipenjara selama lima tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram