Lelaki maut tertimbus ketika gali telaga sedalam 6 meter di Pasir Mas


  • 112
  • Selasa, 16 Apr 2024

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membantu menggali perigi yang tertimbus tanah untuk mencari mangsa di Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas. — JBPM

SEORANG lelaki maut selepas tertimbus di dalam tanah sedalam 20 kaki ketika mengali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Mat Juri berkata, mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, dibawa naik dengan bantuan orang awam pada pukul 7.15 malam Isnin dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

BACA LAGI: Suspek kes tembak di KLIA ditahan polis di Kelantan, kereta dipandu bukan milik Hafizul Harawi

BACA LAGI: [VIDEO] Geram kena bebel isteri tak beli nasi bungkus, bapa durjana lepas amarah tekup muka bayi sendiri

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.54 petang dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas digerakkan ke lokasi kejadian.

"Apabila kami tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.17 petang, mangsa didapati telah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman kira-kira enam meter,” katanya pada Isnin.

Adnan berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa ketika kejadian sedang mengali telaga di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban, Pasir Mas.

Ketika kejadian, mangsa sedang membuat kerja menurunkan pembentung lalu tanah tebing runtuh menimpanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram