Ahmad Dhani ajak boikot Singapura, Abu Janda tak setuju


  • Benua
  • Sabtu, 21 Mei 2022

Abu Janda (kiri) mempertikai tindakan Ahmad Dhani yang mengajak rakyat Indonesia memboikot Singapura. — Agensi

PENYANYI dan anggota kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani baru-baru ini mengajak penduduk negara itu memboikot Singapura.

Perkara itu menurut Ahmad Dhai adalah kerana insiden pendakwah mereka, Ustaz Abdul Somad yang dibawa keluar dari Singapura ketika mahu masuk ke negara itu.

Menurut Ahmad Dhani, Ustaz Abdul Somad tidak perlu dimalukan oleh Singapura sedemikian rupa dan dianggap sebagai tindakan yang melampau.

"Semua yang menyokong Ustaz Abdul Somad, saya rasa kita wajib untuk tidak datang ke Singapura kerana pemerintah negara itu dengan jelas telah memalukan dia," katanya.

Namun, personaliti media sosial Indonesia, Permadi Arya atau lebih dikenali dengan nama Abu Janda berasakan apa yang dicadangkan Ahmad Dhani itu sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Menurut Abu Janda, Singapura adalah negara yang paling banyak memberikan ruang pekerjaan kepada rakyat Indonesia.

"Mengikut data sebelum pandemik, sebanyak 20,000 orang Indonesia bekerja di Indonesia.

"Singapura adalah salah satu peluang untuk rakyat Indonesia. Singapura juga tidak perlukan Indonesia, sebaliknya kita yang memerlukan negara itu," katanya.

Abu Janda turut mempersoalkan apa sumbangan yang dibuat oleh Ahmad Dhani sehingga nak mempengaruhi rakyat Indonesia memboikot Singapura. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram