Gilap 3 ‘ubi muda’ Kedah berpotensi, isi kekosongan Syafiq Ahmad


  • Podium
  • Sabtu, 21 Mei 2022

Antara barisan pemain muda yang kini beraksi untuk KDA FC.

KEMBALINYA Syafiq Ahmad ke pangkuan kelab Johor Darul Takzim (JDT) sememangnya dirasakan oleh penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Apatah lagi pemain penyerang itu banyak membantu pasukan KDA FC dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Namun, di sebalik ratapan atas penarikan semula Syafiq ke JDT, penyokong skuad Sang Kenari sudah mula menilik siapa 'ubi muda' Kedah yang boleh penyerang itu.

Seorang penyokong Kedah, Jan Fadzil menyenaraikan tiga nama 'ubi muda' yang boleh diketengahkan untuk menggantikan Syafiq iaitu Mohamad Fayadh, Afeeq Iqmal dan Fikri Fadzil.

WhatsApp Image 2022-05-21 at 1.57.03 PM

Mohamad Fayadh (kiri) dan Afeeq Iqmal.

"Buat masa sekarang, tanpa ada nama besar yang bakal gantikan tempat Syafiq, ada pemain yang mampu diketengahkan iaitu Mohammad Fayadh, Afeeq Iqmal dan Fikri Fadzil.

"Kesemua pemain ini perlu diberi ruang dengan sebaik-baiknya," katanya.

Perkara itu turut diakui beberapa penyokong lain antaranya Asyraf yang berkata, Afeeq mempunyai potensi dan perlukan lebih minit permainan untuk menambah keyakinan pada dirinya.

Selain itu, Adi Bahari pula berkata, Fayadh boleh diletakkan bermain di belakang penyerang KDA FC, Ronald Ngah berdasarkan persembahannya semasa bertemu Negeri Sembilan FC.

"Fayadh main di belakang Ronald Ngah. Bergerak di half space rasanya macam ok sebab masa lawan dengan Negeri Sembilan nampak dia banyak bergerak di half space kalau tak silap dan banyak cipta peluang untuk kawan-kawan," katanya.

Untitled-design-66

Syafiq Ahmad dipanggil semula ke JDT selepas hanya lima bulan dipinjamkan ke KDA FC.

Untuk rekod, Syafiq Ahmad bermain untuk KDA FC secara pinjaman selama setahun bagi musim 2022.

Perpindahan penyerang skuad Sang Kenari itu turut mendapat restu pemilik pasukan skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun, JDT baru-baru ini mengumumkan untuk memanggil semula Syafiq selepas lima bulan bersama KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram