BINTANG drama 7 Hari Mencintaiku 3, Wafariena mendedahkan dirinya menerima ugutan santau hanya kerana watak Nurul Ain yang dilakonan dalam drama itu.
Menurut Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, selain ugutan santau, dia turut menerima cacian dan hinaan yang dihantar ke ruangan mesej akaun media sosialnya.
"Memang banyak cacian dan makian yang saya terima termasuklah santau hanya disebabkan watak Nurul Ain sedangkan itu semua adalah lakonan.
"Ada yang pesan untuk saya mengabaikan ugutan tersebut tetapi saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga," katanya yang risau terhadap sebahagian penonton yang begitu taksub dengan drama tersebut.
Wafariena mengakui dirinya sentiasa berhati-hati dengan sebarang ugutan yang diterima.
Ditanya sama ada pengalaman itu akan membuatnya memilih watak selepas ini, jelas Wafariena, dia tidak kisah sama ada masih diberikan watak antagonis atau sebaliknya.
Jelasnya, dia sentiasa bersikap terbuka untuk sebarang tawaran lakonan tetapi bergantung kepada skrip yang diberikan.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Wafariena menerima ugutan kerana watak Nurul Ain.
Malah, sebelum ini pelakon itu pernah mendedahkan yang dia telah diugut untuk disimbah asid ke wajahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram