TERPAKSA menunggu setengah jam untuk menerima rawatan walaupun sudah hadir mengikut waktu temujanji yang ditetapkan.
Itu pengalaman yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, kecikelnino ketika hadir membawa anaknya ke hospital yang tidak didedahkan baru-baru ini.
Menerusi ciapannya, waktu temujanji yang ditetapkan ialah pada pukul 8 pagi dan dia hadir lima minit awal namun jururawat yang bertugas datang kira-kira pukul 8.10 pagi.
Tangkap layar ciapan yang dibuat seorang individu berkaitan pengalamannya ketika hadir untuk di klinik kesihatan baru-baru ini.
Tidak berapa lama selepas itu, katanya, jururawat itu telah keluar dan dia terpaksa menunggu selama 30 minit sehingga jururawat itu pulang daripada membeli makanan
Menurutnya, semua urusan selesai kira-kira pukul 9.15 pagi dan dia berharap supaya pihak klinik kesihatan dapat menghormati masa supaya tidak menyusahkan ibu hamil atau yang sedang berpantang serta bayi.
Dalam pada itu, ciapan tersebut turut menarik pengguna Twitter yang lain untuk berkongsi situasi sama yang mereka ketika berurusan dengan klinik kesihatan.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dan maklum balas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan dengan perkara itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram