TAK mudah dan sangat sukar sebenarnya apabila melihat persaingan dalam industri untuk menempatkan graduan-graduan yang baharu saja tamat pengajian mereka.
Hal tersebut menyebabkan generasi Z kini, melihat sosial media sebagai kelebihan mereka untuk membina portfolio masing-masing.
Apa lagi? Content, content dan content. Bermain dengan gambar dan suntingan video kemudian muat naik di platform seperti Tik Tok dan Instagram.
BACA LAGI: Mudah atasi rasa lapar? Ketahui pro-kontra minum 'protein shake'
BACA LAGI: Tekun menganyam di usia emas, Zainab setia pertahan seni tradisi mengkuang

Antara peserta-peserta yang berjaya menamatkan program 10 hari meraikan majlis penutup program bersama bersama tetamu jemputan yang terlibat secara langsung.
Akan tetapi perlu ditegaskan di sini, content tanpa strategi dan pengetahuan adalah sia-sia kerana nilai kebolehpasaran seseorang graduan itu tidak akan tinggi.
Jadi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan rakan industri, Corderosa Group Sdn. Bhd., telah berjaya menganjurkan sebuah program intensif selama 10 hari dipanggil Professional Digital Marketer Course.
Ia dirangka khusus bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui latihan digital marketing berstandard industri, untuk memastikan kursus tersebut memberi tambah nilai yang baik selain sijil pendidikan yang digenggam.

Sesi teori yang dilaksanakan sebelum memulakan sesi praktikal.
Program tersebut merupakan anjuran KPT sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik kebolehpasaran graduan, dengan pelaksanaan bersama UPNM dan sokongan rakan industri.
Ia bertujuan melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, malah bersedia untuk keperluan sebenar industri digital.
Majlis graduasi program itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kol (Bersara) Prof. Dr. Khairul Amali Ahmad.
Turut dihadir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hazlan Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni UPNM, Sharizan Samad, diikuti Atikah Azwar, selaku Pengarah Program dan wakil industri bagi pelaksanaan program ini.

Latihan praktikal menggunakan peralatan dan subjek yang memerlukan strategi visual sebelum memasukan isi kandungan ke platform digital.
Latihan yang dijalankan selama 10 hari itu berasaskan standard industri dan agensi sebenar yang memberi penekanan kepada latihan praktikal, salur kerja sebenar, strategi dan banyak lagi.
Berbeza daripada pendekatan konvensional berasaskan teori semata-mata, peserta didedahkan kepada operasi sebenar dunia pasaran digital.
Ini termasuk perancangan kandungan, pengurusan kempen, analisis data, serta pemahaman peranan digital marketer sebagai barisan hadapan sesebuah jenama.
Malahan, peralatan dan subjek seperti kamera DSLR, motosikal, pemandangan dan banyak lagi telah dipraktikkan secara fizikal bagi memastikan peserta nampak lebih jelas bagaimana ingin menyusun atur sesebuah strategi pemasaran.

Atikah Azwar.
Atikah Azwar, 31, yang juga Pengasas Corderosa Group Sdn. Bhd, berkata program industri digital marketing di Malaysia masih berada pada fasa awal.
Namun, berkembang pesat dan memerlukan tenaga kerja yang benar-benar bersedia dengan standard profesional.
“Digital marketing hari ini bukan lagi sekadar fungsi sokongan. Ia adalah wajah sesebuah syarikat. Setiap keputusan, kandungan dan kempen yang dihasilkan oleh digital marketer akan memberi kesan langsung kepada reputasi dan prestasi perniagaan.
“Jadi, sekarang ini bila buat video bukan sekadar kontent, perlu pastikan ia berada dalam perangkaan ilmu dunia pemasaran digital,” ujarnya.

Sesi peserta bersama industri secara praktikal.
Sebagai nilai tambah kepada peserta, Corderosa Group akan menyediakan sokongan sehingga enam bulan selepas penempatan pekerjaan, termasuk pemantauan, bimbingan dan bantuan pelaksanaan di tempat kerja.
Sokongan ini merangkumi penglibatan content strategist, content creator dan data analyst, bagi membantu graduan menyesuaikan diri, melaksanakan strategi digital dengan berkesan.
Malahan memberi impak kepada syarikat yang mereka wakili sekali gus menjadikan graduan sebagai aset bernilai kepada organisasi.
Dalam ucapannya, Pengarah Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni UPNM, Sharizan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT atas sumbangan dan sokongan melalui Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang telah membolehkan pelaksanaan program ini direalisasikan dengan jayanya.
Inisiatif ini selari dengan hasrat universiti melalui Gagasan UPNM 30, yang menekankan penglibatan aktif alumni dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bakat, kebolehpasaran graduan dan hubungan industri secara berterusan.

Program peserta bersama industri tempatan.
Program ini turut disokong oleh kehadiran dan penglibatan pelbagai pemain industri, termasuk wakil daripada Canon, Pixel Distribution, Teck Hin (Sole Distributor), EON Berhad, ISDA Media Production,
Diikuti rakan industri lain yang hadir bagi menyokong pembangunan bakat digital tempatan dan memperkukuh jaringan kerjasama industri dan akademia.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
