BARU-BARU ini, iDopaCola telah menganjurkan program agihan air minuman tin percuma di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Minuman berkarbonat baharu itu adalah sebagai satu inisiatif kemasyarakatan, yang memberi manfaat secara langsung kepada jemaah dan komuniti setempat.
BACA LAGI: Tandas tersumbat, kepala paip rosak, anda telefon tukang atau betulkan sendiri?
BACA LAGI: Musang King cecah RM325 sebiji di China, penanam durian manfaat peluang keemasan

Sebanyak kira-kira 700 tin minuman iDopaCola telah diedarkan secara percuma kepada jemaah yang hadir.
Program yang berlangsung selepas solat Jumaat itu menyasarkan jemaah serta komuniti sekitar.
Sebanyak kira-kira 700 tin minuman iDopaCola telah diedarkan secara percuma kepada jemaah yang hadir.
Menurut pihak penganjur, inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan minuman kepada jemaah selepas menunaikan solat Jumaat.
Ia merupakan kaedah perkenalan jenama tersebut kepada orang ramai melalui pendekatan yang ringkas dan berfokus kepada komuniti.
Program tersebut turut menerima sambutan yang positif daripada jemaah dan iDopaCola berharap inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Aktiviti itu dijalankan oleh syarikat minuman berdaftar di Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan produk selari dengan gaya hidup moden.
Malah, dijadikan sebagai salah satu usaha mendekatkan jenama dengan masyarakat melalui aktiviti yang memberi nilai dan manfaat secara langsung.
iDopaCola diformulasikan dengan kandungan gula yang lebih rendah, iaitu 4.5 gram gula bagi setiap 100ml, sebagai alternatif cola yang lebih ringan tanpa menjejaskan rasa klasik yang menyegarkan.
Maklumat lanjut mengenai iDopaCola boleh didapati di laman web rasmi www.idopacola.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
