PETANI durian di Balik Pulau berasa amat bangga dengan varieti durian yang telah ditanam secara turun-temurun di Pulau Pinang.
Antaranya termasuk durian Ang Hae (Udang Merah), Hor Lor, Ang Bak dan XO.
Bagi mengelakkan kekecewaan serta membayar harga premium untuk buah yang kurang berkualiti, pegawai Jabatan Pertanian Daerah Barat Daya, Mat Suaid Sapiyin, menasihatkan penggemar durian supaya belajar mengenali ciri-ciri fizikal buah durian.
BACA LAGI: KLABF cipta ekosistem demi komuniti kreatif terus berkembang
BACA LAGI: Musang King cecah RM325 sebiji di China, penanam durian manfaat peluang keemasan

Tang (kiri) menunjukkan Mat Suaid (dua kanan) dan kakitangan jabatan pertanian durian di dusun Gertak Sanggul miliknya. Buah yang dibuka ialah Black Thorn (kanan) dan Musang King.
Seterusnya, tidak hanya mempercayai dakwaan penjual semata-mata.
“Sebagai contoh, durian Black Thorn (Or Chi) antara paling banyak mendapat permintaan. Varieti premium ini lazimnya berbentuk bulat dan mempunyai berat antara 1.5 kilogram (kg) hingga 2.5 kg.
“Ia juga mempunyai titik yang jelas di bahagian bawah buah yang menyerupai duri,” katanya.
Mat Suaid turut menggalakkan pengguna agar membiasakan diri dengan klon-klon utama dari kawasan tersebut serta mengesahkan lokasi dusun durian.
“Jangan mudah terpengaruh dengan peniaga atau orang tengah yang tidak bertanggungjawab ketika membeli durian.
“Pilih petani yang memiliki reputasi atau berdaftar, periksa tangkai, aroma dan tahap kematangan buah, serta minta dokumentasi, khususnya berkaitan Petunjuk Geografi (GI) bagi varieti premium,” ujarnya.
Menurut Mat Suaid, Pulau Pinang masih dalam proses melaksanakan sistem Mi-Trace, iaitu sistem kod QR yang dibangunkan bersama Mimos Bhd, bagi membantu membanteras penipuan dan salah representasi.
Tambahnya lagi, petani juga didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pejabat pertanian daerah, selain memperoleh pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).
Ini bagi mengukuhkan pengesahan sumber buah durian mereka.
Pemilik dusun, Tang Boon Ley, 60, berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan platform pemprosesan atau pusat pengumpulan yang dilengkapi dengan pembeku pantas (blast freezer).
Ini termasuk, penyimpanan sejuk dan kemudahan pemprosesan hiliran. Ia boleh menjadi penyelesaian jangka panjang bagi menangani lebihan bekalan durian.
“Sekarang mungkin masa terbaik untuk orang ramai menikmati durian premium pada harga lebih rendah, tetapi akhirnya sesuatu perlu dilakukan,” ujarnya.
Dia menambah, infrastruktur sedemikian, digabungkan dengan model koperasi, mampu membantu menstabilkan harga dan mengurangkan pembaziran.
Bahkan, membolehkan penanam meneroka produk nilai tambah seperti pes durian, ais krim dan produk konfeksi. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
