KADANGKALA, jadual harian anda begitu padat akan memaksa seseorang itu tidak sempat pun untuk menjamah sekeping sandwic.
Jadi, apa yang perlu dilakukan apabila perut mula berkeroncong tanda lapar?
Mengapa tidak sekadar meneguk minuman bijirin atau protein shake (minuman kocak berprotein) sebagai pengganti hidangan?
BACA LAGI: Tandas tersumbat, kepala paip rosak, anda telefon tukang atau betulkan sendiri?
BACA LAGI: Tekun menganyam di usia emas, Zainab setia pertahan seni tradisi mengkuang

Penurunan mendadak paras gula dalam darah selepas itu boleh mencetuskan keinginan untuk makan.
Ia mengenyangkan dan membekalkan tubuh dengan semua nutrien penting sebab sekurang-kurangnya itulah dakwaan pengeluar.
Namun, adakah dakwaan itu benar?
Badan pemantau pengguna Jerman, Stiftung Warentest telah mengkaji enam produk pengganti hidangan cecair yang berasaskan susu, kacang pea atau oat.
Mereka menyimpulkan jika seseorang itu tergesa-gesa, ia lebih baik daripada currywurst (makanan segera popular di Jerman yang terdiri daripada sosej disaluti sos berasaskan sos tomato dan serbuk kari) bersama kentang goreng dan mayonis.
“Dari segi vitamin dan mineral, kebanyakan produk tersebut secara kasar memenuhi saranan persatuan profesional, menurut penguji produk.
“Jumlah kandungan lemak keseluruhan juga didapati pada tahap yang boleh diterima,” katanya.
Namun begitu, penguji menegaskan bahawa hidangan cecair tersebut tidak sesuai dijadikan pengganti tetap kepada hidangan konvensional yang seimbang.
Sebab apa? Pertama, semua hidangan yang diuji mengandungi protein yang terlalu tinggi.
Walaupun ia bukan masalah bagi individu yang sihat, kandungan tersebut boleh membebankan buah pinggang mereka yang mengalami kekurangan fungsi buah pinggang.
Selain itu, walaupun hidangan cecair ini tidak mengandungi gula tambahan, ramuan di dalamnya sendiri mengandungi sehingga 30 gram gula setiap milliliter.
Ini bermakna ia mengandungi karbohidrat rantaian pendek yang cepat dihadam dan boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah, sekali gus menjadi masalah bagi penghidap diabetes atau pradiabetes.
Penurunan mendadak paras gula dalam darah selepas itu boleh mencetuskan keinginan untuk makan.
Selain itu, sesetengah minuman pengganti hidangan mengandungi pemanis tiruan sucralose, yang disyaki merangsang selera makan.
Satu lagi kelemahan yang mungkin kelihatan berlawanan dengan jangkaan ialah minuman pengganti hidangan yang tidak memerlukan proses mengunyah.
Sedangkan mengunyah adalah penting kerana makanan yang perlu dihancurkan dengan gigi kepada cebisan kecil sebelum ditelan lazimnya, membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.
Tambahan pula, pengganti hidangan dalam bentuk cecair boleh mendorong seseorang mengambil lebih banyak daripada yang diperlukan.
Lebih-lebih lagi kandungan kalorinya yang jauh lebih tinggi berbanding snek biasa.
Menurut penguji, produk yang diuji mengandungi antara 400 hingga 515 kilokalori (kcal), iaitu hampir sama banyak dengan kandungan kalori dalam satu hidangan utama konvensional.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
