SEJARAH permotoran Malaysia tercipta apabila 850 buah motosikal Royal Enfield berhimpun dalam perhimpunan Royal Enfield terbesar, pernah diadakan di Malaysia setakat ini, yang secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBoR)
Acara tersebut berlangsung dii Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS yang ikonik, dan berjaya menghimpunkan penunggang dari setiap negeri di Semenanjung dalam satu masa.
Ia seterusnya menampilkan semangat dan persaudaraan yang mengagumkan apabila pemandangan ratusan motosikal Royal Enfield memenuhi litar tersebut sememangnya luar biasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Deruan enjin kembali gegarkan litar Sepang, perlumbaan Toyota GAZOO ubat rindu F1
BACA LAGI: [VIDEO] Hobi kumpul Pokemon TCG jadi kegilaan, anak jati Kelantan sanggup labur jutaan ringgit

Sebuah acara yang penuh dengan memori indah buat penunggang RE.
Sekali gus ia turut menandakan satu detik penting bagi komuniti penunggang tempatan.
Dianjurkan oleh Didi Group, perhimpunan ini menampilkan motosikal daripada keseluruhan barisan model Royal Enfield, merangkumi model klasik seperti Bullet dan Classic 350 sehinggalah Interceptor 650, Continental GT, Himalayan dan Super Meteor 650.
Ramai penunggang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini.

Detik-detik bermulanya Parade Ride di oetak mula litar.
Pencapaian ini direalisasikan menerusi Parade Ride dan perhimpunan besar-besaran, memberi peluang kepada penunggang untuk meraikan bukan sahaja satu rekod, malah semangat kebersamaan dan persaudaraan yang menjadi teras komuniti Royal Enfield di Malaysia.
Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, berkata acara itu benar-benar mengangkat jenama dan komuniti ke tahap seterusnya, menyatukan pemilik daripada pelbagai kaum dan budaya di bawah satu platform.
“Ini termasuk serta satu matlamat bersama, iaitu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi perhimpunan terbesar dengan 850 pemilik yang cukup membanggakan.
“Tenaga dan semangat di lokasi memang tidak dapat dinafikan, dan kami berharap ia dapat memberikan pengalaman pemilikan yang unik dan luar biasa.
“Ia merupakan permulaan yang kuat untuk tahun 2026. Tahniah kepada pasukan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Eicher Motors atas sokongan berterusan mereka,” katanya.

Sebanyak 850 jentera berjaya dikumpulkan dalam satu perhimpuanan besar di i Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Mengulas mengenai pencapaian rekod di Malaysia, Ketua Pegawai Komersial Royal Enfield, Yadvinder Singh Guleria, meluahkan rasa bangga di atas pencapaian mencipta sejarah dengan memasuki Malaysia Book of Records.
“Hakikat bahawa rekod ini adalah bagi perhimpunan penunggang Royal Enfield terbesar di negara ini, menjadikannya lebih istimewa kerana ia membuktikan perkongsian minat dan kekuatan komuniti.
“Royal Enfield sememangnya terkenal dengan legasi yang kaya serta motosikal yang mempunyai karakter dan daya tarikan tersendiri.
“Kami menawarkan motosikal bertaraf global yang sesuai dengan gaya hidup penunggang serta memberikan kepelbagaian tanpa kompromi. Bahkan, berusaha memperluaskan rangkaian dan keupayaan kami di rantau APAC serta membina komuniti penunggang yang lebih kukuh,” ujarnya.
Dengan sokongan daripada penunggang yang bersemangat, kami berharap dapat mencapai lebih banyak pencapaian seumpama ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
