Pusat Pembelajaran Imersif langkah Perpustakaan Negara ke arah pendigitalan warisan


  • Nomad
  • Khamis, 22 Jan 2026

Pembelajaran turut memperluas laluan penerokaan ilmu pengetahuan, melangkaui sumber bercetak tradisional.

PERPUSTAKAAN Negara Malaysia (PNM) telah melancarkan Pusat Pembelajaran Imersif sebagai, satu inisiatif yang bertujuan memajukan pendigitalan aset warisan negara di samping memperluas akses kepada pembelajaran digital.

Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli berkata, pusat  yang berasaskan teknologi itu mencerminkan aspirasi kerajaan untuk meletakkan perpustakaan sebagai hab pembelajaran moden dan inklusif.

Selain itu, ia memperkukuh peranan PNM dalam menerajui transformasi digital dalam sektor perpustakaan.

BACA LAGI: Tandas tersumbat, kepala paip rosak, anda telefon tukang atau betulkan sendiri?

BACA LAGI: Musang King cecah RM325 sebiji di China, penanam durian manfaat peluang keemasan

“Pusat Pembelajaran Imersif memperkenalkan penggunaan teknologi seperti Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR), metaverse, hologram, avatar pustakawan, skrin LED melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth bagi menyokong kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dan berimpak tinggi,” katanya.

Terletak di premis PNM di Jalan Tun Razak di ibu negara, ia dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2025.

Pembinaan bermula pada 15 Mac 2025 dan siap pada 28 November tahun sama, kata Edy Irwan, inisiatif yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) itu juga bertujuan memperkukuh literasi digital.

Bahkan, ia menggalakkan penggunaan teknologi sebagai alat untuk memupuk perpaduan nasional.

Beliau menambah bahawa PNM akan terus mengintegrasikan teknologi moden merentasi perkhidmatannya bagi menyokong pembangunan modal insan.

Kemudian, memastikan peluang pembelajaran berasaskan teknologi kekal boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.

Seorang pengunjung PNM, Mohd Amir Saari, 34, menyifatkan pusat tersebut sebagai perubahan bermakna daripada model perpustakaan konvensional.

Edy Irwan berkata, inisiatif yang dilaksanakan di bawah KPN itu juga bertujuan memperkukuh literasi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi sebagai alat untuk memupuk perpaduan nasional.

Beliau menambah bahawa PNM akan terus mengintegrasikan teknologi moden merentasi perkhidmatannya bagi menyokong pembangunan modal insan dan memastikan peluang pembelajaran berasaskan teknologi kekal.

Malahan, boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.

“Pusat ini menawarkan pengalaman yang sangat berbeza. Lazimnya, perpustakaan hanya dikaitkan dengan buku, namun konsep yang dibawa di sini adalah sesuatu yang baharu, khususnya bagi kami yang kerap berkunjung ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, penggabungan teknologi baharu, khususnya elemen permainan digital, bukan sahaja menarik minat malah berkesan dalam penyampaian maklumat, terutamanya kepada golongan muda yang lebih dekat dengan teknologi.

Pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi itu turut memperluas laluan penerokaan ilmu pengetahuan, melangkaui sumber tradisional.

“Menariknya, pusat ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan muda, malah turut menambah nilai kepada golongan dewasa. Ini menunjukkan pendekatan yang inklusif dan relevan kepada semua lapisan masyarakat,” tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram