MUNGKIN ramai di antara kaum lelaki gusar untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkaitan dengan alat sulit atau lebih dikenali sebagai prostat. Namun, usah malu dan adalah mustahak untuk anda membuat pemeriksaan di pusat perubatan.
Prostat adalah bahagian kelenjar kecil dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan mengelilingi saluran kencing.
Walaupun saiznya kecil, prostat memainkan peranan penting dalam menghasilkan cecair yang membentuk air mani dan membantu pergerakan sperma dan menjaga kesihatan prostat amat penting bagi kesejahteraan lelaki.
BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

Ujian darah merupakan prosedur yang diperlukan untuk proses pengesanan.
Inisiatif kesihatan komuniti yang menawarkan 300 saringan antigen spesifik prostat (PSA) percuma kepada orang ramai telah dilancarkan.
Program anjuran Pantai Hospital Kuala Lumpur tersebut berlangsung sehingga 31 Disember atau sehingga kuota habis.
Dalam satu kenyataan, pihak hospital menyatakan bahawa keadaan prostat terus meningkat di Malaysia. Ramai lelaki sering menunda rawatan kerana menganggap simptom kencing mereka adalah normal mengikut usia.
Keadaan seperti hiperplasia prostat jinak boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak dirawat, dan biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa.
Kajian menunjukkan bahawa simptom saluran kencing bawah seperti kerap membuang air kecil pada waktu malam dan aliran air kencing lemah.
Ini termasuk peningkatan kekerapan dan rasa mendesak adalah perkara biasa dalam kalangan individu yang mencatatkan 41 peratus lelaki berumur lebih 40 tahun.
Kanser prostat kekal sebagai kanser ketiga paling biasa dalam kalangan lelaki Malaysia, dengan satu daripada 117 lelaki berisiko didiagnosis sepanjang hayat.
Saringan PSA amat disyorkan bagi lelaki berumur 40 tahun ke atas terutamanya bagi mereka yang mengalami simptom kencing, individu dengan sejarah keluarga kanser prostat atau payudara, dan sesiapa yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan prostat tahunan.
Saringan tersebut adalah ujian darah yang mudah dan boleh dilakukan di Tingkat 2, Premier Integrated Lab.
Individu yang didapati mempunyai keputusan PSA tinggi juga akan menerima perundingan pertama dengan pakar urologi secara percuma, bagi memastikan panduan perubatan diberikan tepat pada masanya.
Tiada temu janji diperlukan, jadi apa kata gerakkan diri anda untuk melakukan pemeriksaan tersebut. Untuk maklumat lanjut, hubungi 0115122 4125. —The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
