RAMAI di antara kita yang tidak boleh duduk bersila kerana setiap kali melakukannya ada beberapa bahagian kaki yang sakit atau tegang.
Sebenarnya, duduk bersila boleh memberi manfaat kepada pinggul dengan meregangkan otot dan ligamen.
Namun, menurut doktor ortopedik, Dr Martin Rinio, ia juga boleh memberi tekanan pada tulang belakang dan tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah belakang.
BACA LAGI: Hobi kumpul setem penuh nostalgia, umpama penghubung penduduk dunia tak kira usia

Posisi lotus menyelaraskan pelvis dan menyokong tulang belakang, tetapi ia memerlukan lebih banyak kelenturan pada sendi berbanding kedudukan bersila klasik.
Kebiasaannya, posisi tersebut sering menjadi pilihan pertama untuk duduk di lantai semasa berkelah atau ketika bermain dengan kanak-kanak, dan pastinya memberi manfaat untuk sendi pinggul.
“Dilakukan dari semasa ke semasa dan tanpa berlebihan, posisi bersilang kaki boleh memberi kebaikan kepada badan.
“Otot di pinggul dan peha akan merenggang,” katanya
Selain itu, putaran luar pinggul meregangkan ligamen di sekitar kapsul sendi, sekali gus boleh membantu mengekalkan kesihatan rawan.
Namun, ia tidak bebas daripada kelemahan. Masalahnya ialah ramai orang cenderung membiarkan bahu jatuh ke depan di mana ia tidak baik untuk tulang belakang.
Nasihat Dr Rinio, bagi sesiapa yang mempunyai masalah belakang, anda perlu elakkan daripada duduk dalam keadaan kaki bersilang.

Kedudukan rama-rama boleh membantu menyediakan anda untuk masuk ke dalam posisi teratai untuk yoga kerana ia membantu meningkatkan mobiliti pinggul.
Terutamanya berlaku kepada mereka yang menghidap spondylolisthesis, salah satu vertebra bergerak keluar daripada kedudukan normal di tulang belakang dan menyebabkan kesakitan, kesemutan dan kebas.
“Bagi sesetengah orang, mereka perlu sentiasa memeriksa posisi duduk mereka semasa duduk bersilang kaki,” ujarnya.
Jika mendapati diri anda dalam posisi membongkok, duduklah dengan tegak.
Orang ramai disaran untuk menyesuaikan posisi duduk mereka setiap 10 hingga 15 minit.
“Adalah baik untuk sentiasa bergilir-gilir antara duduk tegak, mencondong ke hadapan dan mencondong ke belakang serta kerap mengalihkan berat badan dari satu sisi punggung ke sisi lain,” jelasnya.
Jika anda mula merasa sakit, tukar kepada posisi lain.
Serupa, tetapi berbeza
Posisi lotus iaitu kedudukan duduk seperti dalam yoga dan meditasi, lebih mencabar berbanding hanya duduk bersilang kaki.
Daripada satu kaki terletak secara longgar di depan kaki yang lain, kaki diletakkan di atas peha yang bertentangan.
Berbanding dengan duduk bersilang kaki, posisi lotus lebih mudah untuk belakang kerana pelvis condong ke hadapan.
“Ini membolehkan tulang belakang lurus,” ujarnya.
Namun, bagi sendi terutama lutut, posisi lotus memberi lebih tekanan berbanding posisi bersilang kaki biasa.
“Sesiapa yang mempunyai masalah meniskus perlu mengelakkannya,” tegasnya.
Anda juga tidak sepatutnya terlalu memaksa diri dalam posisi lotus. Sesiapa yang ingin duduk lebih lama dalam posisi ini, contohnya semasa meditasi, perlu melatih diri secara berperingkat dengan latihan yang meningkatkan mobiliti pinggul.
Salah satu contohnya ialah pose rama-rama. Letakkan tapak kaki bersama dengan lutut menunjuk ke luar, kemudian, genggam kaki anda dengan tangan dan tarik sedekat mungkin ke arah punggung.
Anda kemudian boleh menggerakkan lutut dengan lembut untuk meniru kepak rama-rama. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
