SEJAK kebelakang ini, sukan pickleball semakin mendapat perhatian ramai. Pelbagai acara atau pertandingan telah diadakan di gelanggang tersebut dan permainan ini dilihat seakan-akan bermain tenis.
Perbezaan ketara antara pickleball dan tenis adalah alat pemukul bola yang digunakan.
Untuk tenis, pemain menggunakan raket untuk memukul bola manakala pickleball pula (paddle) dan saiznya lebih kecil dan ringan kerana ia diperbuat daripada kayu, komposit, atau grafit.
BACA LAGI: Apa yang berlaku jika tak ikut arahan kru kabin, terutamanya berbaring ketika kapal terbang mendarat
BACA LAGI: Pusat akuatik baharu di Bandar Tun Razak dijangka siap 2030, telan belanja RM50 juta

Menyelam atau menggelongsor untuk mendapatkan bola boleh mengakibatkan kecederaan pada anggota atas, yang mungkin patah dan biasa terjadi pada wanita yang lebih tua.
Nampak mudah tapi ia cukup mencabar, pasti ‘pecah peluh'. Namun persoalannya sekarang adakah ia sesuai dimainkan oleh yang berusia, lagi-lagi yang sudah berumur 40-an?
Menurut pakar perubatan, Dr Y.L.M., bermain apa-apa jenis sukan sememangnya mempunyai risiko risiko kecederaan termasuk sebarang bentuk senaman. Malahan berjalan kaki pun boleh menyebabkan kecederaan.
Namun, tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal juga mempunyai risikonya sendiri, iaitu meningkatkan kemungkinan untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kardiovaskular (jantung), kanser dan strok pada masa akan datang.
“Jadi anda perlu membuat pilihan dengan bijak. Rahsianya ialah jangan berlebihan dalam melakukan apa jua sukan termasuklah pickleball,” katanya.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), manfaat bermain pickleball atau sebarang jenis senaman, jauh lebih baik risikonya bagi kebanyakan orang.
Bermain pickleball beberapa kali seminggu membantu anda mencapai sasaran 150 minit aktiviti fizikal sederhana hingga cergas dan disyorkan setiap minggu.
Bagi golongan warga emas, sukan ini membantu mereka berinteraksi secara sosial dan melambatkan risiko demensia kerana, pickleball merupakan sukan sosial yang membolehkan mereka berkenalan dengan ramai rakan baharu.
Pickleball kini menjadi semakin popular dalam kalangan warga emas kerana ia kurang membebankan berbanding tenis. Bahkan saiz gelanggangnya lebih kecil, iaitu sebesar gelanggang badminton.
“Ini bermakna mereka tidak perlu berlari terlalu banyak,” ujarnya.
Selain itu, pemain juga tidak dibenarkan memasuki kawasan berhampiran jaring yang dikenali sebagai zon “no volley”, kerana peraturannya melarang kaki pemain memijak kawasan tersebut.
Oleh itu, kawasan yang perlu diliputi pemain adalah lebih mudah dikendalikan.
Kebanyakan warga emas juga lebih gemar bermain beregu, jadi kawasan gelanggang yang perlu mereka jaga adalah lebih kecil.
Apakah jenis kecederaan yang paling biasa dalam pickleball?
Kecederaan paling biasa dalam pickleball biasanya berpunca daripada kemalangan di gelanggang misalnya terjatuh atau tergelincir semasa mengejar bola.
Di samping itu, kecederaan akibat pergerakan berulang pada tangan atau lengan yang memegang raket pickleball juga sering berlaku.
Kecederaan yang paling kerap berlaku ialah terseliuh, ketegangan otot, dan kecederaan otot, diikuti dengan patah tulang.
Disebabkan pickleball semakin popular dalam kleball, tenis, gelanggan, sukan,masa yang singkat, kajian di Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan lebih 10 kali ganda dalam kecederaan warga emas antara tahun 2010 hingga 2019.
“Kebanyakan kecederaan yang dirawat di hospital adalah tulang patah, dan kebanyakannya berpunca daripada jatuh.
“Kadangkala pemain tersalah agak arah bola, kemudian mereka meluncur atau terjun untuk menyambut bola dan malangnya, terjatuh,” jelasnya.
Adakah patah tulang ini melibatkan tangan atau kaki?
Kebanyakan kecederaan akibat jatuh itu melibatkan anggota atas badan.
Ini termasuk patah pada humerus (tulang lengan atas), radius dan ulna (dua tulang pada bahagian bawah lengan).
“Hal ini berlaku kerana apabila seseorang terjatuh, secara naluri mereka akan menghulurkan tangan ke depan untuk menahan diri daripada terhempas sepenuhnya ke lantai,” jelasnya.
Statistik hospital juga menunjukkan bahawa 80 peratus kes patah tulang anggota atas ini dibenarkan keluar pada hari yang sama.
Pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital biasanya berusia sekitar 70 tahun ke atas.
Selain itu, terdapat juga kes patah pada tulang kaki dan buku lali, malah ada juga patah tulang rusuk.
Adakah pemain pickleball warga emas paling berisiko mengalami kecederaan?
“Salah seorang rakan pickleball saya ialah wanita berumur 75 tahun yang sangat hebat dan aktif bersaing.
“Golongan yang paling berisiko untuk mengalami patah tulang ialah wanita berumur lebih 60 tahun, kerana selepas menopaus, mereka mungkin mengalami osteoporosis atau sekurang-kurangnya penurunan kepadatan tulang.
“Ini menyebabkan tulang mereka lebih rapuh dan mudah retak akibat hentakan,” jelasnya.
Jika anda sudah berusia antara 45 ke 75 tahun, disarankan untuk memeriksa tahap kesihatan terlebih dahulu, termasuk kecergasan kardiovaskular dan kepadatan tulang.
Ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan tahunan. Pemeriksaan ini biasanya melibatkan:
ECG (elektrokardiogram) asas untuk mengesan sebarang kelainan pada jantung, dan. Ujian kepadatan tulang (bone densitometry) untuk menilai mineralisasi tulang.
Walaupun terdapat beberapa kelainan, ia masih boleh dirawat. Manfaat bermain pickleball atau sebarang aktiviti sederhana hingga cergas yang juga bersifat sosial jauh melebihi risiko kecederaan.
"Jadi, jika doktor anda telah mengesahkan anda sihat, teruskan sahaja bermain. Anda mungkin akan mendapati diri anda hidup lebih lama, lebih sihat, dan lebih bahagia," katanya.
Permukaan gelanggang pickleball dikatakan masih juga keras dan jika terjatuh, impaknya boleh menjadi tinggi.
Namun, anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sekiranya ingin mula bermain pickleball.
Mungkin terdapat masalah jantung yang tidak disedari atau risiko strok yang pemain lain tidak tahu.
Oleh kerana pickleball melibatkan pergerakan dan larian yang agak banyak, anda perlu memastikan sistem kardiovaskular mampu menampung diri dan aktiviti ini, terutama jika seseorang itu jarang bersenam sepanjang hidupnya. — The Star/Dr YLM
Dr YLM yang berkelulusan sebagai doktor perubatan telah menulis selama bertahun-tahun dalam pelbagai subjek seperti perubatan, kesihatan, komputer dan hiburan.
*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti**
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
