CILI api, batang bakawali dan herba lain mampu hasilkan semburan halau serangga perosak yang lebih baik dan mesra alam.
Seringkali kita lihat tumbuhan seperti herba banyak digunakan sebagai bahan perubatan tradisional. Ada juga sesetengah individu yang mengambil untuk tujuan menguatkan badan serta mencergaskan minda.
Namun, perlu diingatkan tumbuhan herba memiliki seribu satu kebaikan yang mungkin anda tidak tahu apa kegunaan selain daripada membuatnya menjadi ubat.
BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia
BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, Jonathan hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya

Antara bahan herba yang digunakan bersama beberapa jenis buah dan sayur untuk hasil produk penghalau serangga.
Dengan beberapa campuran bahan asli lain seperti daun durian belanda, bawang, cili api dan sebagainya, sebuah produk penghalau serangga yang baik dan lebih sihat boleh dihasilkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gramp’s Asia, Mohamad Reza Fikry Nor Rezan, 38, berkata, setiap produk yang dikeluarkan mereka menggunakan tumbuhan dan herba tempatan.
Dia merujuk kepada produk semburan penghalau serangga lipas, nyamuk, semut dan beberapa lagi yang menggunakan herba berbeza mengikut kesesuaian, berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan sebelum melancarkannya secara rasmi pada 2016.
“Macam batang patawali ini, secara zahirnya kali dijilat rasanya sangat pahit. Namun patawali ini juga sumber yang banyak kita gunakan produk kategori lipas dan semut termasuk sedikit untuk nyamuk.
“Jadi setiap tumbuhan atau herba ada bezanya. Contohnya, lada hitam pula kita banyak gunakan herba ini untuk kategori haiwan cicak,” katanya ketika ditemui di Festival of IDEA Peringkat Negeri Selangor 2025.

Reza menunjukkan herba daun hempedu bumi turut menjadi pilihan dalam penghasilan produk.
Dijelaskan oleh Reza, setiap herba mempunyai kegunaan yang berbeza dan ia perlu digabungkan untuk hasilkan kesan sinergistik yang baik supaya kita dapat halau serangga atau haiwan perosak yang selalu di jumpa di dalam rumah.
Selain itu, Reza memaklumkan produk penghalau berkenaan turut menggunakan sayur atau buah yang mudah untuk didapati di bumi Malaysia.
“Kalau ikutkan banyak barangan tumbuhan lain yang kami gunakan mudah untuk didapati di pasaran macam limau, lemon, cili api dan banyak lagi,” ujarnya.

Sempel bahan herba yang suda dijadikan minyak pati.
Istimewanya produk yang berbentuk semburan, udara dan penghalau serangga daripada jenama tersebut, Reza menekankan penggunaan bahannya selamat dan dijamin organik atau semula jadi.
“Jadi ia selamat untuk digunakan meskipun cecair semburan itu terkena kulit, tidak akan ada apa-apa kesan yang akan berlaku. Termakan sekalipun tak menjadi satu masalah, tapi ia bukanlah untuk makan. Maksud saya kalau-kalau ada anak kita yang main semburan ini.
“Macam item penghalau serangga ini, ia tidak sampai atau berada di tahap kategori barang racun kerana tidak menjejaskan pada manusia. Akan tetapi akan beri kesan kepada serangga,” jelasnya.

Batang patawali (kanan) dan daun herba lain seperto daun tapak dara (kiri) yang banayk digunakan untuk menghasilkan sesebuah produk semula jadi yang sihat.
Untuk menggabungkan kesemua herba-herba yang ada menjadi produk yang berkesan bukan satu proses yang mudah.
“Bukan sekadar kesannya untuk menghalau serangga itu sendiri, tetapi juga pada keselamatan yang diperlukan. Itu yang kita nak sebagai pengguna yang membeli.
“Terima kasih kepada pengasas Gramps Asia, Nor Rezan Mohamad Nor, atas gabungan bahan hebat yang berjaya menghasilkan produk berkesan ini.
“Herba-herba yang Tuhan dah bagi dekat bumi ini hanya untuk dimakan, tetapi banyak kegunaannya yang boleh diolah menjadi barang yang banyak manfaat kepada kita semua,” jelasnya.
Meletakkan misi jenama berkenaan untuk mencipta produk isi rumah yang selamat, berkesan dan semula jadi sebagai alternatif kepada bahan kimia sintetik dan penghormatan warisan serta komitmen datuknya terhadap herba yang tumbuh di Asia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
