Nak bercuti di tengah laut? Apa kata cuba kapal layar saiz kecil, tetap mewah dan eksklusif


  • Nomad
  • Ahad, 26 Okt 2025

Tak salah rasanya untuk anda mencuba sekali seumur hidup percutian di atas kapal layar kerana ia akan memberikan detik yang unik

KAPAL persiaran sememangnya besar bagi menampung kapasiti kumpulan yang inginkan percutian di tengah laut.

Misalnya pada tahun ini Royal Caribbean telah memperkenalkan kapal persiaran percutian keluarga Star Of The Seas.

Dengan kapasiti 5,610 penumpang, kapal ini mempunyai populasi yang lebih besar.

Namun, besar tidak semestinya lebih baik kerana kapal yang lebih kecil juga mampu menawarkan kemewahan sama, malah dengan lebih banyak peluang untuk diterokai seperti mana yang disediakan di Malaysia umpama pelayaran kendalian syarikat tempatan seperti Genting Cruise.

BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, Jonathan hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya

 

Lebih 70 peratus kapal persiaran yang beroperasi terdiri daripada kapal kecil hingga saiz sederhana.

 

Industri Pelayaran 2025, Cruise Lines International Association (CLIA) melaporkan lebih 70 peratus kapal persiaran yang sedang beroperasi dan dijadualkan berlayar kini terdiri daripada kapal kecil hingga bersaiz sederhana.

Kira-kira 34 peratus daripadanya menampung kurang daripada 1,000 tetamu, hanya sekitar satu perlima daripada kapasiti kapal gergasi seperti Star Of The Seas.

Sebagai contoh, Star Seeker milik Windstar Cruises akan berlayar buat kali pertama tahun ini hanya menampung 224 penumpang.

Kapal Douglas Mawson milik Aurora Expeditions yang turut dibina tahun ini pula mempunyai 86 kabin sahaja.

Di Genting Cruise, seperti Genting Dream, boleh memuatkan sehingga 3,352 penumpang. Begitu juga pakej-pakej eksklusif pelayaran  yang ditawarkan di Langkawi oleh Langkawi Dinner Cruise Price.

Kapal-kapal ini, bersama banyak lagi yang lain, merupakan sebahagian daripada trend baharu dalam pelancongan kapal persiaran.

Percutiannya yang berasaskan pengembaraan eksklusif malah kapal yang lebih kecil ini boleh berlabuh di pelabuhan yang tidak dapat dicapai oleh kapal besar, membolehkan penumpang melawat destinasi yang lebih unik.

Sesetengah kapal juga menawarkan lebih banyak kemudahan untuk setiap penumpang, dengan memberi tumpuan kepada pengalaman mewah bertaraf tinggi berbanding kapal besar yang lebih berorientasikan keluarga.

Minat terhadap pelayaran berbentuk penerokaan turut meningkat dengan ketara sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dan syarikat pelayaran eksplorasi semakin memanfaatkan trend ini.

Dalam rekod CLIA pada tahun ini, jumlah penumpang yang menyertai pelayaran ekspedisi atau penerokaan meningkat adalah sebanyak 22 peratus dari tahun 2023 ke 2024. Dari 2019 hingga 2029, CLIA menjangkakan kapasiti global bagi pengalaman pelayaran seumpama ini akan meningkat sebanyak 150 peratus.

Secara ringkasnya, pelayaran kini bukan lagi sekadar untuk percutian keluarga ke destinasi tropika di Caribbean mahupun di Asia sendiri. Kapal persiaran kecil membuka cara baharu untuk melancong.

Jika anda mencari pengalaman pelayaran yang unik dan penuh pengembaraan, berikut ialah tiga cadangan pelayaran yang boleh dipertimbangkan.

Kebanyakan pelayaran ini bermula dari Amerika Syarikat atau Eropah, serta beberapa pelabuhan terpilih di Asia.

Pelayaran kapal kecil terbaik

Lokasi seperti Antartika, Amerika Selatan, Fjord Chile  menjadi pilihan utama pembaca Travel + Leisure bagi pelayaran laut kapal kecil 2025 merentasi pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Tinjauan tahunan World’s Best Awards media pelancongan itu tahun ini menarik lebih 180,000 peserta, dan pengundi memilih Viking Cruises sebagai pemenang utama 2025.

Kedua-dua kapal ekspedisi Viking yang mempunyai 189 kabin dilancarkan pada tahun 2022 itu dengan pantas menjadi kegemaran pembaca, menjuarai anugerah World’s Best Awards dalam kategori kapal kecil untuk tiga tahun berturut-turut,” lapor Fran Golden daripada Travel + Leisure.

Malahan, ramai peminat juga menulis tentang aktiviti sains sebenar yang dijalankan di atas kapal dan di darat, serta pengetahuan mendalam yang disampaikan oleh pensyarah dan pakar syarikat itu.

Bagi peminat pelayaran kapal kecil yang mencari fleksibiliti dari segi destinasi dan bajet, pelayaran laut Viking Cruises patut dipertimbangkan.

Mikro pelayaran

Secret Atlas berbeza berbanding syarikat pelayaran biasa. Mengetengahkan slogan “oleh para peneroka, untuk para peneroka”.

Syarikat ini menawarkan peluang kepada kumpulan kecil untuk mengembara ke rantau kutub dunia. Perjalanan ini lebih menumpukan kepada rasa kagum dan penemuan, bukannya kemewahan manja atau destinasi pelancongan popular.

Kemewahan di lautan

Kapal utama seperti Genting Dream dan Resorts World One menawarkan antara yang yang masih menjadi tumpuan di sekitar Asia terutamanya Malaysia.

Pengalaman pelayaran yang menggabungkan kemewahan, hiburan, dan santai dalam satu perjalanan itu menjadi konsep percutian yang disyorkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dengan laluan pelayaran yang merangkumi destinasi popular di Asia seperti Singapura, Pulau Pinang, Langkawi, Phuket dan Hong Kong, setiap persinggahan memberi peluang kepada penumpang menikmati budaya serta pemandangan baharu.

 Di atas kapal, suasananya tidak ubah seperti sebuah resort lima bintang terapung, restoran yang menghidangkan bufet halal, hiburan, spa, kolam renang dan banyak lagi.

Malah, bilik dan suite yang disediakan juga menawarkan pemandangan laut yang menenangkan, sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari hiruk-pikuk kota.

Begitu juga dengan layanan mewah sepenuhnya sepanjang pelayaran yang ditawarkan seperti Ritz-Carlton Yacht Collection.

Dengan antara 149 hingga 226 suite, kapal layar Evrima, Ilma dan Luminara adalah kapal pelayaran bersaiz lebih kecil dan menarik untuk dicuba.

Jadi tidak salah rasanya untuk anda mencuba sekali seumur hidup percutian di atas kapal layar kerana ia akan memberikan detik yang unik dan konsepnya cukup berbeza dengan percutian di atas darat.—  TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram