BERENANG antara senaman yang begitu bagus dan amat digalakkan kepada semua golongan umur kerana ia menggerakkan semua anggota badan.
Keberanian untuk berendam dan berenang boleh menjadi antara keputusan terbaik buat anda yang inginkan kesihatan mental dan fizikal.
Jadi pentingnya untuk meningkatkan keyakinan diri di dalam air, terutamanya apabila usia meningkat.
BACA LAGI: Tasik Titiwangsa tawar aktiviti air sambil nikmati suasana latar langit Kuala Lumpur
BACA LAGI: Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati
“Saya telah melihat bagaimana aktiviti berenang mengubah kehidupan seseorang, terutamanya bagi golongan dewasa yang lebih berusia.
“Ia bukan sekadar untuk kekal cergas malah menambah keyakinan diri, mengekalkan kebebasan, dan menikmati kehidupan sepenuhnya.
“Masa persaraan ialah waktu terbaik untuk menumpukan kepada pergerakan, dan kolam renang merupakan tempat paling selamat serta berkesan untuk memulakannya,” kata Pengurus Renang Kebangsaan Nuffield Health di Britain, Emma Kuwertz-Norman.
Jadi, jika anda ingin memotivasikan diri untuk melakukan aktiviti renangan, berikut adalah lima sebab utama berenang buat mereka yang sudah menjangkau usia tua serta beberapa tip untuk memulakannya. Turut terpakai untuk golongan muda juga.
Mengurangkan tekanan pada sendi
Berenang sangat baik untuk tubuh, terutamanya apabila usia meningkat. Menurut Emma, Air membantu mengurangkan tekanan pada sendi, menjadikannya sesuai bagi mereka yang mengalami artritis, osteoporosis atau kekakuan umum.
“Ia aktiviti berimpak rendah tetapi tetap memberi senaman menyeluruh kepada seluruh tubuh. Anda masih membina kekuatan, meningkatkan kelenturan, dan merangsang fungsi jantung. Perlaksanaan tersebut tidak langsung memberi tekanan berlebihan pada badan,” katanya.
Meningkatkan kesihatan mental
“Kesihatan mental adalah sesuatu yang sangat saya ambil berat, dan salah satu perkara yang paling saya suka tentang berenang ialah sokongan pada kesejahteraan hidup.
“Ia bukan sekadar mengenai kecergasan fizikal. Berenang benar-benar membantu seseorang berasa lebih tenang, lebih terkawal dan seimbang,” ujarnya.
Kebanyakan individu akan datang berenang membawa tekanan harian kemudian selepas selesai, mereka pulang dengan rasa lebih ringan dan santai.
Berenang menjadi kaedah yang bagus untuk membantu anda membina semula mental dan emosi.
Mewujudkan rasa komuniti
Walaupun berenang sering dianggap sebagai aktiviti individu, kolam renang awam atau pusat rekreasi sebenarnya menyediakan ruang bersama yang memupuk hubungan sosial.
Salah satu perkara yang sering terlepas pandang ialah betapa kuatnya jalinan semangat komuniti yang terbentuk ketika berenang.
“Sama ada berbual di bilik persalinan, menyertai sesi berkumpulan, atau sekadar berada di sekeliling orang lain di kolam renang, semuanya mengukuhkan hubungan sosial yang tulen.
“Kami sering nampak persahabatan terjalin di kolam renang, kafe, atau melalui perbualan santai sebelum dan selepas sesi. Terdapat banyak kumpulan perenang yang akan duduk minum kopi selepas berenang, dan ia menjadi sebahagian daripada rutin mereka serta sebab untuk bangun, bergerak dan berhubung dengan orang lain,” ujarnya.
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
“Berenang merupakan cara yang hebat untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular kerana ia membantu menguatkan jantung, memperbaiki peredaran darah serta menurunkan tekanan darah.
“Semuanya membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung,” kata ahli fisiologi kesihatan dan kesejahteraan kanan Nuffield Health, Inez Griffin.
Membina kekuatan otot
Jelas ahli fisiologi prestasi di Nuffield Health Manchester Institute of Health and Performance, Francesca Bagshaw, berenang dapat meningkatkan kekuatan, terutamanya di bahagian teras serta memperbaiki postur badan.

Kolam renang boleh menjadi tempat untuk bersosial.
Takut untuk berenang? Ini adalah tip untuk memulakannya. Dengan semua manfaat tersebut, pasti anda teruja untuk membuat percikan pertama di kolam renang berdekatan.
Berbincang bersama doktor perubatan.
Emma sentiasa mengesyorkan perbincangan bersama doktor terlebih dahulu sebelum memulakanya renangan terutamanay jikan dikhuatiri terdapat sebarang kebimbangan terdapat kesihatan diri.
Mulakan secara perlahan
“Jika anda baru dalam aktiviti renangan atau sudah lama tidak masuk ke kolam, mulakan dengan perlahan dan jangan risau tentang teknik, kelajuan atau rupa anda dalam pakaian renang.
“Malah hanya berjalan di dalam air atau menggunakan pelampung untuk permulaan sudah boleh memberi perbezaan yang ketara,” nasihatnya.
Pertimbangkan kelas untuk dewasa
Program pembelajaran renang untuk orang dewasa bertujuan membina keyakinan sedikit demi sedikit. Daripada pemula yang baru belajar terapung hinggalah perenang mahir yang ingin memperbaiki teknik dan berenang dengan lebih cekap.
“Ia bukannya sebuah pertandingan, kami hanya mahu melihat lebih ramai orang berasa selesa dan yakin di dalam air,” terangnya.
Mulakan dengan gaya renang yang ringan
Bagi tahap pemula, gaya seperti renang dada atau kuak lentang ialah pilihan yang baik. Caranya lembut dan mudah untuk mengawal pernafasan serta membantu anda mencari rentak ketika di dalam air.
“Aerobik air dan berjalan dalam air juga merupakan pilihan yang baik, terutamanya untuk meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan pergerakan badan dengan cara yang menyeronokkan,” ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel danTelegram
