Minum kopi boleh sebabkan darah tinggi? Ini penjelasan buat pencinta kopi


  • Relaks
  • Isnin, 28 Jul 2025

Pengambilan kopi banyak kebaikan berbanding keburukan antaranya meningkatkan fokus, tenaga dan semangat dalam menjalani aktiviti harian.

DI Malaysia, budaya minum kopi semakin popular dan ramai menganggap kopi sebagai minuman wajib setiap pagi, baik kopi kampung mahupun espresso. 

Namun begitu, terdapat kebimbangan mengenai kesannya terhadap kesihatan, khususnya tekanan darah tinggi.

Kopi mengandungi kafein diketahui dapat merangsang sistem saraf pusat. Secara saintifik, kafein berfungsi menghalang hormon yang meluaskan saluran darah, yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam jangka pendek. 

BACA LAGI: Lukisan pertama dijual RM5, penghargaan seni lukis Malaysia masih rendah berbanding negara jiran

BACA LAGI: Serik ditipu pomen, wanita asal Gerik buka sendiri bengkel Aida Misspomen

 

Pengambilan kopi secara sederhana tidak semestinya membawa kesan negatif malah boleh memberikan manfaat tertentu kepada tubuh.

Namun, pengambilan kopi secara sederhana tidak semestinya membawa kesan negatif malah boleh memberikan manfaat tertentu kepada tubuh.

Menurut pengasas kopi, Asyraf Kamal, 33, setiap pencinta kopi perlu memahami tahap toleransi badan masing-masing terhadap kafein.

“Saya tidak menafikan bahawa kopi boleh mengundang masalah tekanan darah tinggi, tetapi ia bergantung kepada kuantiti dan keadaan kesihatan individu. Jika kita tahu kopi memberi kesan buruk kepada kita, adalah penting untuk mengurangkan dos pengambilan,” jelas Asyraf.

Tambahnya lagi, pengambilan kopi dalam jumlah yang terkawal mampu memberikan banyak kebaikan berbanding keburukan antaranya meningkatkan fokus, tenaga dan semangat dalam menjalani aktiviti harian.

“Asasnya mudah sahaja pastikan anda kekal terhidrat walaupun minum kopi, dan tahu had pengambilan harian anda. Tiada hari tanpa kopi, tetapi biarlah secara berhemah, ” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Kopi, Saigon, Darah Tinggi, Sihat