ARCHIDEX tawar reka bentuk dalaman unik, mewah dan premium


  • Relaks
  • Jumaat, 25 Jul 2025

ARCHIDEX merupakan acara perniagaan dalam industri seni bina yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan C.I.S Network Sdn Bhd, serta menampilkan Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025

MENCARI reka bentuk ruang dalaman yang unik, mewah dan premium mengikut citarasa tersendiri? ARCHIDEX 2025 adalah destinasi wajib anda!

Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, acara berprestij ini menghimpunkan lebih 850 pempamer dari dalam dan luar negara dengan menampilkan pelbagai jenis reka bentuk, teknologi serta inovasi bahan binaan daripada skala kecil hingga besar yang menyasarkan golongan profesional, pelabur, dan peminat seni bina.

 BACA LAGI: Arena bola sepak negara belum stabil tapi Omar tetap latih anak demi bina karakter

 BACA LAGI:  Serik ditipu pomen, wanita asal Gerik buka sendiri bengkel Aida Misspomen

ARCHIDEX merupakan acara perniagaan dalam industri seni bina yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan C.I.S Network Sdn Bhd, serta menampilkan Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berlangsung hingga 26 Julai 2025.

Pameran ini bukan sahaja menjadi platform mempamerkan teknologi dan reka bentuk terkini dalam industri seni bina dan hiasan dalaman, malah ia turut berperanan dalam menggalakkan kerjasama antara pelabur tempatan dan antarabangsa, menyokong visi pembangunan mampan dan ekonomi hijau dan memacu inovasi dalam dunia pembinaan dan reka bentuk

Sama ada anda seorang arkitek, pereka dalaman, pemilik perniagaan atau pelabur, ARCHIDEX 2025 adalah medan terbaik untuk mendapatkan inspirasi serta menjalin kerjasama strategik dalam dunia reka bentuk moden.

KIAN menampilkan konsep "pejabat masa depan"

Reruai yang perlu dikunjungi adalah seperti KIAN yang menampilkan konsep "pejabat masa depan" dengan menggabungkan keselesaan, inovasi dan keberkesanan ruang kerja. 

Reka bentuk fleksibel disesuaikan mengikut keperluan pengguna moden menjadikan ruang pejabat lebih dinamik, produktif dan selesa.

Teknologi langsir berskala besar yang sesuai untuk hotel, bangunan korporat dan kediaman mewah.

Selain itu, reruai Moonlight iaitu syarikat mengkhusus dalam teknologi langsir berskala besar yang sesuai untuk hotel, bangunan korporat dan kediaman mewah. 

Menariknya, mereka memperkenalkan teknologi pengesan perubahan cuaca bagi langsir separa lutsinar (sheer curtain). Apabila hujan, langsir akan tertutup secara automatik menutupi kawasan berbumbung tanpa memerlukan alat kawalan jauh. Tambahan pula, fabrik langsir ini boleh dicetak dengan apa jua visual mengikut kehendak pelanggan.

JusoGreat Global juga tidak kurang hebat, apabila syarikat itu menawarkan karpet berkualiti tinggi yang menyerupai lantai kayu asli, namun dengan ciri-ciri tahan lasak, kalis air dan mudah diselenggara. 

Produk ini sesuai untuk pengguna yang inginkan keanggunan kayu semula jadi dalam bentuk yang lebih praktikal.

Jadi apa lagi, jom pergi ke pameran ini yang akan berakhir pada 26 Julai 2025. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

KLCC, ARCHIDEX, binaan, arkitek, perabot