
KESERONOKKAN melancong ada kalanya mengundang padah apatah lagi jika kita terlalu teruja untuk menaiki pesawat ke destinasi impian.
Selain bagasi dan dokumen peribadi, percaya atau tidak kita sering terlupa langkah keselamatan yang wajib ditempuh sebelum melangkah ke 'perut pesawat'.
Bagi penumpang yang berlepas dari mana-mana lapangan terbang sama ada untuk tujuan perniagaan mahupun melancong, anda wajib melalui pemeriksaan keselamatan yang melibatkan mesin pengimbas barang dan badan (walk-through metal detector).
BACA LAGI: Tak perlu kayuh tempat pelik-pelik, rupanya Putrajaya spot 'syurga' berbasikal
BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik
Setiap bagasi dan penumpang perlu menjalani proses saringan sebelum masuk ke balai pelepasan.
Tetapi apakah perkara yang sering anda lupa untuk ditanggalkan ketika melalui proses saringan keselamatan ini? Nampak mudah tetapi perkara itu sering berlaku.
Sekadar maklumat asas, antara barang yang anda perlu tanggalkan dari badan sebelum melalui mesin pengimpas badan ialah tali pinggang, jam, barang berunsurkan logam dan alat elektronik.
Namun, bagaimana pula dengan barang perhiasan seperti cincin, rantai dan anting-anting?
Item seperti ini tidak akan menyebabkan mesin pengimbas berbunyi, jadi anda tidak perlu tanggalkannya dari badan kecuali, jika ia dipakai dalam kuantiti yang banyak.
Itu tentang barang kemas, tetapi adakah dinar emas juga diambil kira? Dinar emas dibenarkan untuk menaiki pesawat tetapi ada hadnya.
Bagi mendapatkan penjelasan terperinci anda dinasihatkan menyemak peraturan di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Begitu juga jika anda berada di bawah pemerhatian kesihatan yang mana anda dinasihatkan membawa preskripsi perubatan dari pihak berkaitan.
Oleh itu, selain daripada membuat check list dokumen penting seperti pas pelepasan, pasport, kad pengenalan dan sebagainya, tidak salah jika anda ambil perhatian perkara di atas bagi melancarkan proses pergerakan menaiki pesawat.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram