
BANDAR St Ives, Cornwall di England mengungguli carta teratas dalam 30 penyenaraian bandar tepi pantai tercantik dan popular di United Kingdom.
Daily Mail Online melaporkan, Robin Hood’s Bay di North Yorkshire berada di tempat kedua diikuti Padstow di Cornwall, Portree di Isle of Skye dan Tenby di Pembrokeshire.
Menurut laporan itu, St Ives terpilih sebagai lokasi paling popular kerana bandar sepanjang pantai itu dikatakan setanding dengan keindahan bandar pantai Malibu di California, Amerika Syarikat.
BACA LAGI:Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik
St Ives, Cornwall mengungguli carta teratas dalam 30 penyenaraian bandar tepi pantai tercantik.
Pada tahun 2022, St Ives turut dinobatkan sebagai bandar paling bahagia untuk didiami dengan skor tinggi dalam beberapa faktor seperti keramahan komuniti setempat, keindahan alam semula jadi, kebersihan bandar dan indeks udara paling bersih.
Bandar Robin Hood’s Bay merupakan kampung nelayan terkenal dengan lorong batu buntar.
Tempat kedua bandar pantai terpopular ialah bandar Robin Hood’s Bay merupakan sebuah kampung nelayan yang indah dan terkenal dengan lorong batu buntar serta pasir halus umpama kristal dengan pemandangan pantai yang indah terutama menjelang senja dan awal pagi.
Padstow di Cornwall pula berada di tempat ketiga menjadi pilihan percutian musim panas dan percutian hujung minggu. Pemandangan pantai menakjubkan menjadi daya tarikan kerana garis pantainya yang panjang serta suasana kampung yang mempesona.
Di tempat keempat ialah Portree di Isle of Skye, terkenal dengan deretan bangunan berwarna-warni di tepi pelabuhannya, diikuti oleh Tenby di Pembrokeshire di tempat kelima.
Portree di Isle of Skye, terkenal dengan deretan bangunan berwarna-warni di tepi pelabuhannya.
Buat anda yang bercadang bercuti ke UK, lima lokasi ini boleh menjadi pilihan tepat dan anda dijanjikan dengan pengalaman indah yang bakal terpahat di hati.—Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram