Transformasi istana lama Belanda jadi tumpuan pelancong dunia


  • Nomad
  • Isnin, 21 Jul 2025

Jika anda ingin merasai suasana percutian zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua di Eropah, maka ketiga-tiga lokasi ini dapat memenuhi citarasa anda.

1

1. Slot Loevestein

Slot Loevestein merupakan bekas istana terletak di Woudrichem, Belanda. Istana ini pernah dijadikan penjara pada abad ke-18 dan pernah dihuni oleh ahli politik dan sejarawan terkemuka Hugo Grotius.

Kini, lokasi itu menjadi ikon pelancongan mewah dengan penginapan jauh lebih selesa terutama di salah sebuah pondok askar.

Percutian lebih bermakna jika anda menikmati sarapan pagi dengan dikelilingi taman tulip dan kincir air di istana berkenaan.

BACA LAGI: Proses pengimbas badan lambat? Ini perkara yang sering penumpang lupa

BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik

 

2

2. Istana Muiden

Istana Muiden atau Muiderslot terletak berhampiran Amsterdam. Istana ini direka dengan sentuhan klasik dan terdapat monumen dengan empat kubah bulat.

Istana ini terkenal sebagai lokasi penjara era bangsawan Count Holland, Floris V.

Ketika Floris V, memperoleh istana ini sekitar tahun 1285 beliau tidak menyangka bahawa binaan yang dimiliki olehnya itu adalah sebuah penjara.

 

3. Rumah Agam Doorn

Satu lagi tarikan dalam dunia istana di negara kincir air ini ialah Rumah Agam Doorn. 

Rumah agam ini masih mengekalkan reka hiasan dalaman seperti perabot milik Maharaja Wilhelm II.

Keturunan raja Jerman itu menjadikan rumah tersebut sebagai penginapannya semasa beliau turun takhta dan hidup sebagai orang buangan selepas tewas ketika Perang Dunia Pertama.

Jika anda ingin merasai suasana percutian zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua di Eropah, maka ketiga-tiga lokasi ini dapat penuhi citarasa anda.—TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram