Konsep penginapan kayu log kabin hidupkan suasan seperti di Eropah


  • Nomad
  • Rabu, 16 Jul 2025

MACAM di Eropah tapi bukan! Itulah suasana di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka. 

Binaan resort dikelilingi pokok berkonsepkan log kabin menghidupkan suasana seperti cottage house di Eropah.

Buat mereka yang datang ke Melaka, bermalam di Philea Resort & Spa, pasti memberikan pengalaman mewah dan penuh 'glam' khususnya buat mereka yang ingin ber'OOTD'.

BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik

BACA LAGI:  Nak lihat penanaman gaharu? Gopeng lokasi paling tepat

 

Ruang dalam bilik villa dan chalet kayu.

Philea Resort & Spa dibina menggunakan kayu balak import untuk mewujudkan ketenangan dan merehatkan minda.

Jika anda bersiar pada waktu pagi, villa dan chalet kayu yang serba moden ini mencetuskan suasana seperti di Eropah.

Lokasi Philea Resort & Spa ini juga tidak jauh dari Zoo Melaka, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia.

Kolam renang yang luas dikelilingi alam semulajadi.

Resort adalah pilihan ideal untuk mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar dan menikmati percutian yang tenang di tengah alam semula jadi.

Oleh itu, hadirkan diri di Melaka dan rasai pengalaman ala-ala Eropoh sambil meneroka bangunan bersejarah di Melaka.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram