
FESTIVAL Turath Islami Selangor Tahun (FTIS) 2025 menyaksikan acara membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui, memahami pengajian kitab Dalail al-Khairat, Pengantar Ilmu Tafsir dan Tafsir al-Jalalain.
Kitab-kitab tersebut akan dikupas oleh 18 tokoh ilmuwan Islam dan ulama terkemuka dari Asia Barat dan Nusantara seperti Prof Emeritus Dr Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany al-Awari (Mesir), Sheikh Dr Mohammad Akram Nadwi (India/UK) dan Dr Adi Hidayat (Indonesia).
Penganjuran kali ketiga itu berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor dengan tiga sesi pengajian dijalankan setiap hari bermula jam 9 pagi, manakala sesi petang antara jam 4.45 petang hingga 8.45 malam.
BACA LAGI: Arena bola sepak negara belum stabil tapi Omar tetap latih anak demi bina karakter
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Aktiviti yang diadakan seperti selawat harian Dalail al-Khairat, kuliah subuh, sesi daurah surah pilihan dan syarahan perdana daripada Ustaz Dr Adi Hidayat dari Indonesia.
Ammar Gazali.
Pengerusi Sekretariat Turath Islami Selangor, Ammar Gazali, berkata FTIS 2025 menggariskan empat teras utama iaitu mengangkat kitab Turath sebagai khazanah intelektual Islam dan warisan berharga.
Teras kedua pula adalah untuk menyuburkan kaedah talaqqi, iaitu pengajian secara langsung dengan guru secara menadah kitab.
“Ketiga, adalah memasyarakatkan ilmu kerohanian seperti selawat, qasidah dan teras keempat marhaban serta memupuk pengunjung untuk meningkatkan nilai pembelajaran melalui penganjuran Festival Buku Islami 2025 dan Pameran al-Wahyu.
“Tidak tertumpu kepada pelajar pondok atau tahfiz, setia sesi pengajian adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menyertainya tidak kita tua mahupun muda.
Suasana ketika sesi daurah surah pilihan sesi 13 bersama, Syeikh Dr Majd Makki dari Syria.
“Secara purata, sekitar 1,000 hingga 1,200 peserta berjaya dikumpulkan setiap hari bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, bahkan di seluruh negara telah hadir termasuk Kelantan dan Kedah,” katanya ketika ditemui.
Ikuti video lanjut suasana ketika daurah surah pilihan sesi 13 surah al-Rahman daripada ilmuwan bidang hadis dan aqidah, Syeikh Dr Majd Makki dari Syria dalam segmen Eksplorasi@Mj di Majoriti.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram